Skip to content

Apakah ertinya aset sebanyak USD 1 bilion dirampas oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan pendedahan bahawa aset tersebut dibeli dengan wang diseleweng dari Syarikat 1MDB, dengan jumlah USD 3.5 bilion?

Apakah ertinya aset sebanyak USD 1 bilion dirampas oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan pendedahan bahawa aset tersebut dibeli dengan wang diseleweng dari Syarikat 1MDB, dengan jumlah USD 3.5 bilion?

Marilah buat perhitungan yang asas, USD 1 bilion atau RM4 bilion bersamaan dengan:

  1. 4 tahun royalti minyak (5% dari penghasilan) negeri Sabah;
  2. 3 kali ganda perbelanjaan ESSCOM, ini bermaksud jikalau semua duit penyelewangan ini digunapakai untuk ESSCOM, rakyat Sabah memperolehi mutu keselamatan yang tiga kali ganda;
  3. Semua usaha atau projek untuk memperbaiki penjanaan elektrik untuk Sabah, sedangkan Menteri KeTTHA Maximus Ongkiki pernah mengatakan RM2.3 bilion akan dibiayai dalam 5 tahun untuk tujuan tersebut;
  4. 10 buah empangan Cinta Mata, yang dinanti-nantikan oleh rakyat Tawau yang bernilai RM415 juta.

Jikalau kesemua USD 3.5 bilion atau RM14 bilion digunakan untuk pembangunan jalan raya, Lebuhraya Pan Borneo Bahagian Sabah yang bernilai RM 12 bilion dapat dibina dengan pesat. Kita tidak perlu tunggu sampai tahun 2021.

Bolehkah kita terus diam dan biarkan penyelewengan dan korupsi yang begitu berleluasa terus di luar kawalan undang-undang? Sanggupkah kita memaafkan pemimpin yang hilang integriti dalam melaksanakan tugasnya?

Bukankah kita sepatutnya berasa malu jika kita terus menyokong Malaysia Official One secara buta tuli?

Bukankah skandal berbilion ringgit ini suatu kes maksiat yang lebih besar berbanding dengan kerisauan konsert Selena Gomez yang meruntuhkan akhlak pemuda-pemudi? Wang rakyat disalah pakai atas kepentingan dan kemewahan sendiri, adakah kita terus membisu dan angkat tangki air 1 Malaysia di PRU 14 nanti, seolah-olah mega skandal ini langsung tidak penting?

Perubahan di tangan saudara-saudari.