KKM mempunyai 1 orang Menteri dan 2 orang Timbalan Menteri.
Bukan itu sahaja, Menteri Kesihatan juga mempunyai 3 orang penasihat khas, iaitu: –
- Encik Dimistra Steven Sittampalam;
- Datuk Mohamad Iruan Bin Zulkefli; dan
- Datuk Rosnah binti Hj. Abdul Rashid Shirlin.
Datuk Rosnah memiliki latar belakang peguam dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kesihatan antara 2009 hingga 2013.
Tetapi adakah itu sebab beliau dilantik sebagai seorang penasihat khas kepada YBMK?
Ataupun beliau dilantik kerana beliau juga pernah menyandang jawatan EXCO Wanita UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO?
KKM mempunyai Ketua Pengarah Kesihatan, Timbalan Ketua Pengarah dan ramai lagi pakar dalam perubatan dan kesihatan awam.
KKM harus jelaskan apakah sebab ketiga-tiga orang penasihat khas ini dilantik, apakah kepakaran dan pengalaman mereka yang amat diperlukan oleh KKM, gaji, elaun dsb yang diterima oleh ketiga-tiga penasihat khas ini.
Pada masa yang sama, selepas melantik Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said sebagai penasihat khas undang-undang dan hak asasi manusia, Pengerusi UMNO Kedah, Jamil Khir Baharom sebagai penasihat khas hal ehwal agama, YAB PM Ismail Sabri sekarang juga bercadang untuk melantik seorang lagi penasihat khas kesihatan.
Apakah justifikasi pelantikan Penasihat Khas Perdana Menteri untuk portfolio yang sudah ada seorang menteri, 2 orang timbalan dan 3 orang penasihat khas kepada Menteri? Adakah perkara ini menunjukkan kekurangan kepercayaan Perdana Menteri sendiri dalam Menteri dan Kementerian beliau?
Kalau begitu, lebih baik PM gantikan Menteri sekarang dengan penasihat khas yang dicadangkan.