Saya telah mengarahkan peguam saya untuk tidak menerima permohonan maaf Annuar Musa dan untuk menuntut ganti rugi darinya kerana telah memfitnah saya.
Saya telah katakan semalam yang perkara pertama yang dibuat Annuar Musa selepas menyertai PAS adalah untuk “mengikuti jejak langkah Presiden PAS Hadi Awang dengan membuat tuduhan liar, tidak masuk akal, dan tidak berasas”.
Perkara ini juga merupakan perkara kedua yang Annuar Musa lakukan – dalam cubaannya untuk mengaitkan saya dengan rusuhan perkauman 13 Mei 1969, dia meneruskan jejak langkah Hadi dengan membuat pertuduhan yang luar, tidak masuk akal, dan tidak berasas.
Tuduhan baharu Annuar yang DAP bertentangan dengan nilai-nilai Islam adalah contoh terbaru penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian yang disebarkan oleh PAS di bawah pimpinan Hadi sebelum berlangsungnya pilihan raya di enam negeri, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
Sejak dari awal lagi, dari pilihan raya umum pertama yang disertai DAP pada tahun 1969, DAP telah meletakkan calon dari pelbagai latar belakang yang mewakili semua kaum dan agama.
Pada tahun 1969, dua orang calon Melayu Islam telah diundi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan seorang dari mereka ini, Ibrahim Singgeh, yang memenangi kerusi DUN Tapah Road dengan 3,319 undi berbanding dengan 2,986 undi yang dirauh Perikatan dan 753 undi yang diraih PAS, telah diumumkan sebagai calon Menteri Besar Perak DAP untuk Pilihan Raya Umum 1974.
Kita hari ini ada orang Ahli Parlimen Melayu Islam selain dari beberapa orang lagi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri di pelbagai negeri.
Pada tahun 1999, Lim Guan Eng mengorbankan kerusi parlimen Kota Melaka dan telah ke penjara untuk mempertahankan maruah seorang gadis Melayu bawah umur.
Adakah mana-mana pemimpin PAS yang telah membuat pengorbanan sebegini untuk mana-mana gadis Melayu bawah umur, apatah lagi untuk gadis Malaysia yang berlainan kaum atau agama?