Skip to content

Bank Negara should reinstate DIBS for first time buyers of all properties below RM 400,000

Bank Negara should reinstate Developer Interest-Bearing Scheme(DIBS) for first time buyers for all properties below RM 400,000 to compensate for any negative inflationary impact and higher loan repayments from the increase in interest rate by 0.25% from 3% to 3.25%. The increase in interest rates would have inflationary impact, raise the cost of living as well as dampen consumption spending as more money would be required to service their loans.

This would not only give less money to spend for existing borrowers of all loans, increase the financing cost for businesses leading to higher prices and also make it more difficult for first-time buyers to get loan approvals. One of the main complaints of developers and first-time buyers is the difficulty of getting loan approvals due to the stringent repayment ability requirements imposed by Bank Negara.

DAP opposes any hike in interest rate that would burdern borrowers without any compensating measure to help them to repay or service their loans. Reinstating the DIBS for houses below RM400,000 would benefit first-time buyers and promote housing democracy.

DIBS is a form of Interest Capitalization Scheme (ICS) where interest costs are capitalized or built into the sale price, instead of being paid by the borrower as they are incurred. During the construction period, the developer (instead of buyer) pays for any interest incurred on the housing loan until construction is completed. To offer DIBS, developers include the cost of interest payments into their selling prices. This allows buyers to purchase their houses by paying 10% and giving them breathing room by not paying interest payments and rent at the same time whilst waiting for their houses to be completed.

Unfortunately the Finance Ministry and Bank Negara has rejected the proposal to reinstate DIBS as stated below in a written parliamentary reply to me:(below)

NO SOALAN : 38

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

DARIPADA : Y.B.TUAN LIM GUAN ENG

(BAGAN)

PERTANYAAN : LISAN

TARIKH : 16.06.2014

Y.B.TUAN LIM GUAN ENG [BAGAN] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa peminjam dan jumlah pinjaman rumah mampu milik bawah RM 400,000 yang ditolak dan adakah skim DIBS dipulihkan untuk pembeli kali pertama ini kerana mereka tidak dapat pinjaman bank. Sekiranya tidak, kenapa dan apakah inisiatif bagi membolehkan rakyat miskim dapat pinjaman bank.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2014, institusi perbankan telah meluluskan sebanyak 50,224 permohonan pinjaman berjumlah RM 10.3 bilion bagi pembelian rumah mampu milik bawah RM 400,000, manakala sebanyak 34,662 permohonan pinjaman berjumlah RM 7.3 bilion telah ditolak oleh institusi perbankan dalam tempoh yang sama. Pada tahun 2013 pula, institusi perbankan telah meluluskan sebanyak 170,886 permohonan pinjaman berjumlah RM 34.5 bilion bagi pembelian rumah mampu milik bawah RM 400,000 manakala sebanyak 120,921 permohonan pinjaman berjumlah RM 24.8 bilion telah ditolak oleh institusi perbankan dalam tempoh yang sama.

2. Secara umumnya, permohonan pinjaman rumah akan ditolak oleh institusi perbankan sekiranya pemohon tidak memenuhi syarat-syarat pinjaman yang ditetapkan seperti tiada pendapatan tetap, rekod kredit yang kurang memuaskan serta jumlah tanggung/hutang yang tinggi. Dalam membuat penilaian terhadap sesuatu permohonan pinjaman, institusi perbankan akan menilai keupayaan membayar balik pinjaman sebelum meluluskan pinjaman tersebut. Ini bertujuan untuk mengelakkan individu dibelenggu bebanan hutang di luar kemampuan mereka.

3. Bagi melindungi bakal pembeli rumah daripada kenaikan harga rumah yang melampau di samping memelihara kestabilan pasaran harta tanah jangka panjang serta mengawal tahap keberhutangan sektor isi rumah, pihak kerajaan telah melarang Skim Pemodalan Faedah (interest capitalisation scheme) yang juga merangkumi Developer Interest Bearing Scheme (DIBS) sejak November 2013. Langkah ini juga bertujuan untuk memastikan harga rumah yang dibeli akan lebih mencerminkan harga penilaian sebenar rumah tersebut serta mengekang aktiviti spekulasi dalam pasaran harta tanah dengan menaikkan kos kemasukan bagi pembeli spekulator. Buat masa ini, pihak kerajaan tidak bercadang untuk memulihkan skim DIBS.

4. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan Rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, pihak kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) pada tahun 2008 untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan tidak mempunyai penyata pendapatan untuk mendapat kemudahan kewangan bagi pembelian rumah kediaman mereka.

5. SJKP menyediakan jaminan kemudahan kewangan untuk pinjaman yang diberikan oleh institusi perbankan bagi tujuan pembelian rumah kos rendah dan sederhana yang bernilai RM 100,000 ke bawah. Setakat bulan Mac 2014, sebanyak 3,684 pemohon telah mendapat jaminan bagi kemudahan kewangan yang diberikan oleh institusi perbankan yang menyertai Skim SJKP ini.