Skip to content

Bank Negara telah mengambil pendirian dasar monetari yang betul dengan menyokong usaha kerajaan untuk memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan di tengah-tengah kestabilan harga

Keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00% oleh Gabenor baru Bank Negara Malaysia, Datuk Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour telah memberikan kelegaan kepada peminjam-peminjam individu dan perniagaan. Keputusan tersebut dicapai selepas mesyuarat selama dua hari oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) berakhir pada hari ini. Kestabilan kewangan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan adalah bergantung kepada pengurusan kedua-dua dasar fiskal dan monetari yang berhemat.

Bank Negara telah mengambil pendirian dasar monetari yang betul dengan menyokong usaha kerajaan bagi memberikan tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan di tengah-tengah kestabilan harga. Bank Negara merupakan penimbang tara dasar monetari negara yang bertanggungjawab terhadap rizab pertukaran asing yang bernilai USD 113 bilion sehingga 15 Jun 2023, manakala Kementerian Kewangan pula menjadi pelaksana kepada dasar fiskal. Ramuan dasar Bank Negara yang bebas serta tugas kerajaan amat kritikal bagi menaikkan keyakinan orang awam dan pelabur untuk membendung kenaikan inflasi dan kos serta menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan.

Adalah amat meyakinkan apabila pendirian yang diambil oleh BNM lebih mencakupi pandangan konsensus seramai 22 daripada 25 ahli ekonomi yang dilaporkan Reuters bersetuju dengan pengekalkan kadar dasar semalaman yang lebih menyokong ekonomi. Jelas sekali, tiada sebarang keperluan bagi kenaikan kadar faedah bagi separuh kedua tahun 2023, apabila inflasi utama berada pada kadar sederhana sepanjang tahun iaitu 2.8% dan inflasi teras pada kadar 3.5% bagi Mei 2023 diunjurkan menjadi lebih rendah.