Skip to content

Belajawan peduli rakyat, sumbangan untuk penyelenggaraan sekolah dikecualikan cukai

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam Belajawan 2019 yang dibentangkan pada petang hari ini, telah mengumumkan bahawa sumbangan ke tabung penyelenggaraan sekolah akan dikecualikan cukai.

Saya mengalu-alukan pengumuman Menteri Kewangan itu, di mana suara hati rakyat telah disahut oleh kerajaan Pakatan Harapan dalam Belajawan pertamanya.

Latar Belakang

Pada pertengahan Jun, 2018, saya telah menyampaikan satu memorandum mengenai “Sumbangan untuk sekolah harus dikecualikan cukai” kepada Menteri Pendidikan Maszlee Malik, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching. Memorandum tersebut mencadangkan Kementerian Pendidikan mengadakan perbincangan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri, agar sumbangan orang awam ke sekolah dikecualikan cukai, dan mempermudahkan tatacara pemohonan pengecualian cukainya.

Belajawan 2019

Pengecualian cukai atas sumbangan untuk penyelenggaraan sekolah mungkin dinampak akan mengurangkan pendapatan kerajaan, tetapi pada hakikatnya ia bukan sahaja boleh mempercepatkan pembangunan yang menyeluruh sekolah-sekolah di negara ini, pada masa yang sama juga mengurangkan beban kerajaan dalam bidang pendidikan. Polisi ini boleh dikatakan akan memberi manfaat kepada semua pihak, termasuk sekolah, ibubapa, pelajar dan kerajaan.

Saya berharap agar polisi ini boleh diperluaskan pelaksanaannya, bukan sahaja merangkumi sekolah kerajaan (termasuk sekolah separa bantuan kerajaan), tetapi termasuk juga sekolah swasta yang bukan bermotifkan untung, seperti Sekolah Persendirian Cina dan Sekolah Persendirian Agama.

Walaupun jumlah dana yang terlibat dalam pengecualian cukai ini sangat kecil berbanding dengan jumlah belanjawan yang telah dibentangkan, ia juga tidak dapat memenuhi keperluan semua aspek sekolah, tetapi ia telah menunjukkan bagaimana kerajaan Pakatan Harapan mengambil berat tentang pembangunan infrasturktur sekolah, keprihatinan dan penghargaan Kementerian Kewangan atas sumbangan individu serta pengusaha terhadap bidang pendidikan. Pada keadaan ekonomi negara yang sangat mencabar ini, pendekatan ini bukan sahaja mempermudahkan sekolah untuk mendapatkan derma atau sumbangan, ia juga mengurangkan beban pembayar cukai.

Saya berharap pengecualian cukai ini akan diteruskan dan ia tidak akan dihadkan pada sumbangan ke Tabung Penyelenggaraan Sekolah sahaja di masa-masa hadapan. Kepada pihak pengurusan sekolah pula, diharap sekolah boleh menggunakan polisi ini dengan bijak, agar mereka bolah mendapat sumbangan dari masyarakat melalui pelbagai rancangan yang boleh manfaatkan pelajar-pelajarnya.

Saya akan meneliti maklumat terperinci pelaksanaan polisi baru ini, agar boleh memberi bantuan kepada sekolah dan pihak yang terlibat dalam pemohonan pengecualian cukai ini.