Skip to content

Belanjawan Johor 2021

Dalam ucapan MB point 5: “nadi ekonomi kita hampir terhenti, kerana penutupan sempadan dan perintah kawalan pergerakan yang bersilih ganti”, dan point 30: “Kita tidak tahu bilakah pandemik ini akan berakhir, … Dan setakat manakah hasil boleh dikutip dalam keadaan yang tidak menentu ini.”; tetapi, dalam Belanjawan 2021, anggaran Jumlah Hasil 2021 adalah sebanyak 773.5 juta (m/s 1), *naik sebanyak 45.07%* berbanding dengan 533.1 juta pada 2019. (773,457,000 vs 533,145,215)

Ini jelasnya *terlalu optimistic* kerana tidak ada bukti activiti ekonomi pelbagai sektor dapat memulih ke tahap 2019 seperti sebelum wabak Covid-19, dan *bercanggahan* dengan pengakuan MB dlm Point 7: “Ekonomi kita menguncup, pengangguran kita meningkat, pelaburan baru kita berkurangan, perniagaan terpaksa menghentikan operasi, kuasa beli rakyat semakin merosot dan kutipan hasil negeri terjejas dengan teruk.”

Adakah ini bermaksud kerajaan akan mulakan tindakan pungutan cukai yg tegas?

Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 pada 850 juta (m/s i), berbanding dengan 780 juta pada 2020, naik sebanyak 70 juta atau *8.97%* adalah terlalu rendah, memandangkan “nadi ekonomi kita hampir terhenti”, “Ekonomi kita menguncup, pengangguran kita meningkat, pelaburan baru kita berkurangan”.

Jika kita berbanding dengan *Belanjawan negara* , perbelanjaan pembangunan meningkat sebanyak *23.21%* (dari 56 bilion ke 69 bilion).

*Deficit* dianggar pada 15.42% (248,139,000 kepada 1,609,070,000) harus juga dinaikkkan kerana Johor adalah salah satu negeri yang paling terjejas dari segi aktiviti ekonomi berikutan penutupan sempadan.

Pandemik dan penutupan sempadan impak besar kpd pelaburan.

Kita minta Kerajaan mendedahkan berapakah *jumlah pelaburan Tahun 2020 yang terima setakat ini* , berbanding dengan Tahun 2019, dan apakah insentif utk menarik pelaburan dan juga pelaburan semula.