Saya rasa bimbang tentang masa hadapan sekolah-sekolah Tamil di negara ini. Pada masa ini terdapat 523 sekolah Tamil di seluruh negara. Samada jumlah ini akan meningkat ataupun tidak menjadi satu persoalan kepada masyarakat India di negara ini. Tetapi, yang lebih membimbangkan adalah kita riasu akan kehilangan lebih banyak sekolah lagi pada masa hadapan.
Saya tidak nampak apa-apa langkah yang diambil untuk memajukan sekolah-sekolah Tamil di negara ini. Kerajaan sentiasa menganak tirikan sekolah-sekolah vernukular terutamanya sekolah-sekolah Tamil berbanding dengan sekolah-sekolah kebangsaan.
Minat untuk menghantar anak-anak ke sekolah Tamil semakin meningkat di kalangan ibu bapa. Golongan yang berpendidikan tinggi dan profesional juga menaruh minat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah Tamil. Ini merupakan satu perkembangan positif yang perlu dipuji.
Saya berasa trend ini akan berterusan pada masa hadapan. Saya juga menjangkakan permintaan untuk sekolah-sekolah Tamil akan terus meningkat pada masa hadapan kerana ibu bapa yakin tentang pendidikan vernukular. Dalam pada itu, pelbagai Pertubuahan-pertubuhan bukan kerajaan juga menjalankan pelbagai kempen untuk menggalakkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah Tamil. Usaha-usaha ini juga perlu disanjung dan dipuji.
Tambahan pula, semangat, dedikasi, komitmen dan perasaan tanggungjawab dari kalangan guru-guru sekolah Tamil juga menjadikan sekolah-sekolah Tamil lebih digemari oleh ibu bapa. Pendidikan vernukular dipercayai lebih mudah untuk anak-anak kerana pengajaran dan pembelajaran dikendalikan dalam bahasa ibunda. Justeru itu, kerajaan harus memberi perhatian yang serius untuk pembangunankan lagi sekolah-sekolah Tamil di negara ini.
Bangunan yang uzur, kekurangan peralatan dan infra struktur, ketiadaan padang permainan dan kekurangan modal adalah antara masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah Tamil. Masalah-masalah ini adalah serius dan perlu diselesaikan dengan segera. Malaysia sudah mencapai merdeka 57 tahun tetapi keadaan fizikal kebanyakan sekolah-sekolah Tamil masih sama. Perkara yang lebih menyedihkan ialah banyak juga sekolah-sekolah Tamil di negara ini telah ditutup dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.
Pemimpin-pemimpin MIC telah gagal untuk menyelamatkan sekolah-sekolah Tamil di negara ini. Jika MIC berwaspada dan menjaga kepentingan sekolah-sekolah Tamil sudah pasti kita tidak kehilangan lebih kurang 500 sekolah dalam tempoh 50 tahun. Kalau kita masih lagi mengharapkan MIC, saya pasti masa hadapan 523 sekolah Tamil yang masih ada lagi juga akan tergadai.
Saya menyeru supaya semua pemimpin parti politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan ibu bapa sentiasa bersatu padu untuk menjaga kepentingan sekolah-sekolah Tamil di negara ini. Kita tidak boleh membiarkan kerajaan menutup mana-mana sekolah Tamil selepas ini. Walaupun sejarah hitam yang kita lalui tidak boleh diperbaiki, adalah wajar untuk memastikan perkara yang sama tidak berlaku kepada sekolah-sekolah Tamil yang masih kekal.
Pertama, kita tidak boleh berhenti menyoal kerajaan dan pemimpin-pemimpin MIC tentang RM560 juta peruntukan yang diberikan untuk kemajuan dan pembangunan sekolah-sekolah Tamil diantara tahun 2009 hingga 2013. Kita tidak boleh membenarkan mana-mana pihak untuk membolot wang dan harta yang patut disalurkan kepada sekolah-sekolah Tamil.
Penjelasan yang diberikan oleh Presiden Parti MIC adalah tidak rasional. Oleh yang demikian, saya memohon supaya satu Jawatankuasa Pilihan Parlimen dilantik dan ditugaskan untuk menyiasat dan melaporkan tentang peruntukan RM560 juta ini yang diperuntukkan untuk sekolah-sekolah Tamil.
Kedua, saya juga mahu melihat samada kerajaan akan meningkatkan peruntukkan sekolah-sekolah Tamil dalam Bajet 2015 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan oktober nanti. Saya yakin, seperti biasa pemimpin-pemimpin MIC tidak akan berani untuk meminta kerajaan meningkatkan peruntukan bagi sekolah-sekolah Tamil yang sebahagian besarnya adalah sekolah-sekolah bantuan modal. Kredibiliti dan kemantapan pemimpin-pemimpin dan wakil rakyat MIC akan diuji sekali lagi setelah Bajet 2015 dibentangkan oleh Perdana Menteri.