Skip to content

Berharap kerajaan akan memberikan bantuan kepada pemandu bas sekolah berkenaan isu-isu operasi

Sehubungan dengan pembukaan sekolah rendah dan sekolah menengah secara berperingkat di negara kita, Pejabat ADUN Mengkibol akan mengatur pasukan sanitasi DAP untuk melakukan sanitasi bas sekolah dan van sekolah secara percuma di kawasan rumah kedai kosong di belakang Matrix Gallery, pusat pameran pemaju di Taman Seri Impian, pada Sabtu petang ini.

Pejabat ADUN Mengkibol juga akan mengadakan Program ujian saringan pantas COVID-19 pada hari Sabtu pagi ini. Pemandu bas sekolah digalakkan mendaftarkan diri untuk jalani ujian saringan. Harga subsidi RM50 bagi setiap orang.

Bagi mendorong pemandu bas sekolah mendaftar, semua pemandu bas sekolah yang menjalani ujian dan melakukan sanitasi pada hari yang sama akan menerima kotak berisi keperluan harian dan pek makanan yang disediakan oleh pejabat ADUN Mengkibol.

Menurut moratorium, sebanyak 13,000 pengusaha syarikat bas dan pemandu di seluruh negara akan bermanfaat di bawah skim penangguhan pembayaran balik pinjaman satu tahun tidak lama lagi. Saya mengalu-alukan polisi ini kerana ini dapat meringankan tekanan pinjaman bas atau van mereka sejak pandemik tahun lepas. Saya juga berharap bahawa kerajaan akan memberikan bantuan berkenaan isu-isu operasi, termasuk tambang bas yang akan dihadapi oleh golongan pemandu ini agar perkhidmatan bas sekolah beroperasi dengan lancar, dan juga dapat memastikan tidak berlaku kekurangan perkhidmatan bas sekolah untuk memenuhi permintaan pelajar.

Setelah hampir satu tahun berlakunya wabak ini, ramai pemandu bas telah kehilangan mata pencarian untuk jangka masa yang panjang. Ditambah pula dengan tekanan pembayaran balik pinjaman, mereka mungkin sudah terpaksa berhenti beroperasi. Oleh itu, adakah bilangan bas sekolah masih mencukupi untuk memenuhi keperluan pengangkutan pelajar juga merupakan perkara yang mesti ditangani dengan segera.

Pada 22 November tahun lalu, saya menulis surat kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Yang Berhormat Hajah Zuraida Kamaruddin, menyatakan keadaan pengusaha bas persiaran, bas ekspres, bas pelancongan, bas sekolah, dan bas kilang, kerana moratorium atau skim penangguhan pembayaran yang diumumkan oleh pemerintah negara tahun lalu terbatas pada peminjam dari institusi kewangan yang diatur oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja. Ia tidak termasuk peminjam sewa beli melalui syarikat kredit khas. Lesen perniagaan syarikat kredit khas seperti ini adalah
dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.