Hari Kebangsaan Malaysia bukan sekadar meraikan kemerdekaan dan kedaulatan negara, tetapi juga mengenang pengorbanan nenek moyang kita dalam perjuangan kemerdekaan.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia telah menghadapi tempoh yang penuh cabaran. Pergolakkan politik akibat perebutan kuasa, serta masalah ketegangan kaum. Pada masa seperti ini, penting untuk kita memastikan negara keluar dari kemelut dan melangkah ke arah masa depan yang lebih stabil dan makmur.
Kita patut berbangga kerana kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia semakin meningkat, Malaysia antara negara Asia yang paling cepat pulih selepas pandemik. Walau bagaimanapun, dalam menghadapi cabaran perubahan iklim global dan kekurangan sumber, pembangunan ekonomi mesti digabungkan dengan dasar pertumbuhan yang mampan.
Oleh itu, saya menyeru kepada Kerajaan Perpaduan untuk memastikan elemen-elemen mesra alam dimasukkan dalam semua dasar ekonomi seperti Pelan Induk Industri Baharu 2030 (NIMP), Pelan Transformasi Tenaga Negara (NETR), serta Pelan Induk Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR), bagi memastikan perkembangan ekonomi Malaysia bukan sahaja berdaya saing tetapi juga mengekalkan kelestarian alam sekitar untuk generasi yang akan datang.
Pendidikan adalah asas kepada pembangunan negara. Kerajaan Perpaduan perlu terus berusaha meningkatkan kualiti pendidikan untuk memastikan setiap rakyat Malaysia berpeluang untuk mendapatkan Pendidikan yang berkualiti disamping menarik lebih ramai pelajar asing untuk belajar di Institusi Pengajian di negara kita.
Dalam aspek keadilan sosial, Kerajaan Perpaduan perlu tekad untuk menghapuskan kemiskinan, mengurangkan jurang antara bandar dan desa, dan memerangi rasuah bagi memastikan setiap orang dapat hidup dengan adil dan saksama.
Sebagai Ahli Parlimen di Kuala Lumpur, saya menyeru kerajaan untuk memajukan dasar pembangunan mampan di Kuala Lumpur, meningkatkan langkah-langkah pencegahan banjir dan projek penghijauan bandar, menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar hijau yang mampan dan selesa untuk didiami.
Akan datang, kita mesti keluar dari pergolakkan politik yang disebabkan oleh perebutan kuasa, mengatasi ketegangan kaum, dan kembali ke haluan pembangunan dan perpaduan untuk membina negara yang lebih kuat, makmur, dan dinamik.
Di sini, saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua warganegara yang telah menyumbang kepada pembangunan negara.
Marilah kita terus maju berjuang untuk masa depan Malaysia yang lebih cerah!
Selamat Hari Kebangsaan!