Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambut baik rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim demi memantapkan lagi pentadbiran serta gerak kerja Kerajaan Perpaduan yang telah mencapai usia setahun.
Dengan ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap agar barisan Kabinet baharu ini dapat membantu Perdana Menteri menjayakan agenda Malaysia Madani terutamanya dalam meningkatkan lagi ekonomi negara serta memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat secara keseluruhannya.
Mewakili seluruh jentera pentadbiran dan rakyat Pulau Pinang, saya berharap agar barisan Menteri yang dilantik dapat bersama serta membantu negeri ini mencapai potensi sebagai salah satu kuasa ekonomi terpenting di rantau ini.
Malah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang umumnya senantiasa bersedia untuk bekerjasama dengan semua jemaah menteri bagi menyelesaikan isu-isu rakyat serta isu-isu pembangunan khususnya di negeri Pulau Pinang.