Skip to content

Biro Guaman DAP akan memberi bantuan guaman kepada mereka yang dikenakan penalti di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 Ordinan Darurat 2021

Baru-baru ini Pusat Khidmat Rakyat MP dan ADUN DAP telah menerima aduan dari orang ramai berkenaan dengan isu kompaun kesalahan di bawah seksyen 25 Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 di mana seseorang individu boleh dikompaun sehingga RM10,000.00.

Oleh itu, dengan ini saya ingin mengumumkan Biro Guaman DAP akan memberi bantuan guaman kepada mereka yang dikenakan penalti di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 Ordinan Darurat 2021. Golongan B40 akan diberi keutamaan.

Initiatif ini akan dilaksanakan di setiap negeri di mana mereka yang dikenakan penalti tersebut boleh menghubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Maklumat lanjut akan diumumkan dalam masa yang terdekat.