Skip to content

Bukan sahaja padamkan twit anda, Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin seharusnya meminta maaf atas sebaran fitnah tanpa asas

Saya dimaklumkan semalam bahawa Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin telah memadam dua re-tweet yang menuduh DAP dan saya tidak membela kepentingan rakyat Malaysia. Inilah bukti bahawa kedua-dua tweet yang disebar oleh Datuk Seri Khaled Nordin adalah fitnah berniat jahat.

Tindakan Datuk Seri Khaled Nordin memadamkan kedua tweet tersebut membuktikan juga beliau sedar bahawa kandungan twit itu adalah fitnah tanpa asas.

Datuk Seri Khaled Nordin sebagai seorang tokoh politik berpengalaman tidak sepatutnya menyebarkan tuduhan fitnah seperti ini, khususnya, apabila kenyataaan penuh saya mengenai Permit Masuk Kenderaan Asing (VEP) boleh didapati dengan mudah dalam laman web saya wongshuqi.my.

Oleh demikian, saya cuma boleh mengatakan bahawa perbuatan serperti ini adalah tindakan cuai atau sengaja walaupun Datuk Seri Khaled Nordin tidak sepatutnya melakukan kesalahan ini.

Saya mendesak Datuk Seri Khaled Nordin supaya meminta maaf di laman web sosial seperti facebook atau akaun twitter beliau untuk menjelaskan keadaan.

Selain daripada itu, saya ingin memperingatkan kerajaan BN/UMNO bahawa keputusan dan dasar-dasar tidak boleh dijadikan respon emosional. Kami dari Pakatan Rakayt amat kecewa dengan tindakan kerajaan BN memainkan politik perkauman serta meletakkan kepentingan politik mereka lebih dahulu daripada kebajikan rakyat.

Kerajaan BN/UMNO mestilah memberitahu siapa sebenarnya yang akan mendapat manfaat jika kadar tol EDL dinaikkan, tambahan pula bayaran tol EDL dikutip di kompleks CIQ sedangkan hanya 20% pengguna EDL mengguna lebuhraya ini pergi ke kompleks CIQ.

Kedua, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah berjanji dalam Sidang Dewan Rakyat pada 24hb Sepember 2012 bahawa lebuhraya EDL tidak akan mengutip bayaran tol daripada pengguna. Oleh itu, kerajaan BN seharusnya menjelaskan apa sebab Lembaga Lebuhraya Malaysia mengumumkan kenaikan kadar tol satu hari sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri.

Ketiga, pemimpin BN didesak agar jangan mengelirukan rakyat antara konsep bayaran tol EDL di CIQ dan Permit Masuk Kenderaan. Kadar tol EDL RM 13.60 yang telah dilaksanakan dan dikutip di kompleks CIQ adalah melibatkan semua kenderaan dan pemandu tidak kira kewarganegaraan manakala Permit Masuk Kenderaan Asing hanya mengutip duit dari kenderaan asing. Malangnya, tiada sebarang laporan atau kajian tentang Permit Masuk Kenderaan Asing dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Kerajaan BN/UMNO tidak boleh bertindak secara tidak bertanggunjawab seperti ini lagi. Keputusan mengenai sempadan dua negara yang diambil oleh pemimpin tidak bertangggungjawab ini akan menjejaskan kepentingan banyak isi rumah.