Sesungguhnya Najiblah yang mengelirukan, tidak jujur serta terang-terangan menipu.
‘Geng Perompak’ – beliau dan beberapa orang ahli pentadbiran terdahulu yang terlibat serta bersubahat dalam skandal kleptokrasi 1MDB, masih berani menyalahkan ‘percutian cukai’ bagi mengalih perhatian Rakyat daripada kegagalan mereka untuk memulangkan semula tuntutan Cukai Input GST yang berjumlah RM19.4 billion.
Angka tidak pernah menipu. Laporan jawatankuasa kira-kira wang negara memperlihatkan bahawa sehingga 30/4/2018, tinggal hanya RM450 juta baki di dalam Akaun Hasil Disatukan sewaktu PH mengambil alih kepimpinan, dan hal ini berlaku meskipun keseluruhan kutipan GST dimasukkan terus ke dalam akaun tersebut. Laporan juga menunjukkan bahawa sehingga 30/5/2018, tinggal hanya RM152 juta (0.78% daripada tuntutan input) dalam Akaun Amanah GST, sedangkan keseluruhan tuntutan Cukai Input GST ialah RM19.4 billion.
Seksyen 54(2) Akta GST 2014 (yang kini telah dimansuhkan) menyatakan bahawa semua hasil GST mestilah dimasukkan ke dalam akaun amanah di mana keseluruhan atau sebahagian daripada jumlah wang dapat dipindahkan ke dalam Akaun Disatukan dengan kelulusan Menteri Kewangan. Apa yang telah Najib lakukan jelas-jelas melanggar peruntukan Akta GST—yang telah dirangka, dibentang di Parlimen serta diluluskan oleh pentadbiran beliau sendiri. Namun, beliau masih mahu menyalahkan kerajaan PH yang telah menyelesaikan masalah pentadbiran beliau dengan memulangkan semula Cukai Input GST kepada pembayar cukai?
Ini tidak lain tidak bukan satu tindakan terdesak seorang penyangak yang tidak menyesali jenayahnya sendiri untuk mengelirukan khalayak dengan mengekalkan imej tidak bersalah, melalui cara penipuan dan helah.
Bukankah ini satu bukti bahawa Geng Penyangak Najib bahawa perlaksanaan GST merupakan satu langkah terdesak untuk menampung pembaziran disebabkan oleh sikap dan perangai seseorang yang mampu belanja mencecah RM3.3 juta dalam masa sehari melalui kad kredit? Adakah Najib mengakui bahawa beliau sebenarnya bergantung kepada hasil-hasil rezeki rakyat di masa akan datang untuk membayar hutang-hutang beliau yang dahulu?
Perkataan ‘rompak’, ditakrifkan sebagai:
Perompakan merupakan perbuatan jenayah yang bertujuan untuk mengambil harta orang lain secara ganas atau intimidasi, sama ada dilakukan secara perseorangan atau kumpulan
Saya menyimpulkan bahawa untuk perkataan ‘rompak’ digunakan secara sah bagi menerangkan perbuatan si tertuduh, perbuatannya itu haruslah memenuhi tiga syarat untuk memperlihatkan kegiatan yang salah di sisi undang-undang, memperlihatkan unsur-unsur ugutan, memperlihatkan bahawa terdapat pihak yang kehilangan sesuatu natijah daripada perbuatan si tertuduh.
Syarat yang pertama: Apa yang diperincikan oleh angka hasil GST jelas memperlihatkan penyelewengan akta GST, justeru ia SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG
Syarat kedua: Dalam beberapa kejadian, Najib dan geng penyangaknyaa telah mengugut dan mengancam Rakyat Malaysia bahawa kerajaan tidak akan dapat berfungsi, dan negara tidak akan dapat menyediakan kemudahan dan pembangunan tanpa GST.
Syarat ketiga: Puluhan ribu penuntut cukai input GST dinafikan tuntutan mereka yang diperlukan bagi memastikan kececairan modal pasaran ekonomi Malaysia.
Dengan ketiga-tiga syarat ini dipenuhi, helah Najib menyembunyikan kebenaran daripada Rakyat Malaysia akan terbongkar. Bukan sahaja beliau telah merompak, tetapi beliau juga telah mencuri, menyamun, serta menyangak kita semua—dan kita tidak akan berganjak daripada pendirian ini.