Skip to content

Bukankah tindakan perlu diambil terhadap para pemimpin PAS kerana membuat kenyataan memecahbelahkan dan ekstremis terhadap orang bukan Islam?

Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin sepatutnya meminta tindakan tegas diambil terhadap Presiden PAS sendiri Abdul Hadi Awang jika beliau ikhlas dan komited untuk menghalang pemimpin politik daripada menggunakan isu 3R (agama, bangsa dan raja) dalam mengeluarkan kenyataan. Menuntut tindakan terhadap pemimpin DAP yang sekadar memberi respon terhadap kelakuan ekstremis PAS dan kenyataan berbaur perkauman terhadap orang bukan Islam atau mempertahankan Pulau Pinang daripada dibuli yang jelas bertentangan dengan perlembagaan, PAS berkelakuan tidak berbeza dengan “ayam berkokok berderai-derai, ekor gelumang najis”.

Mana mungkin pemimpin DAP yang mempertahankan hak Pulau Pinang untuk wujud sebagai sebuah negara berdaulat yang dilindungi dan disahkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Majlis Raja-Raja, boleh dianggap menyentuh isu 3R? Sedangkan Menteri Besar Kedah yang bermulut busuk, Muhammad Sanusi Md Nor sanggup mencadangkan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Pulau Pinang dituntut semula oleh Kedah.

Sebagai tindak balas kepada kritikan dan pembelaan saya terhadap hak Pulau Pinang untuk wujud sebagai sebuah negeri, Sanusi bertukar menjadi rasis dengan bertanya sama ada saya berani bercakap tentang sejarah dengan bertanya bot mana saya datang ke Malaysia. Ini bukan sahaja ekstremis dan perkauman tetapi juga tidak bertanggungjawab dengan mengabaikan fakta bahawa bukan sahaja saya malah kedua ibu bapa saya dilahirkan di Malaysia.

Saya tidak akan berundur daripada bercakap dan menggerakkan sokongan orang ramai untuk menghalang Sanusi daripada secara unilateral mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memadamkan kedaulatan Pulau Pinang demi mengembalikannya kepada Kedah tanpa mendapat persetujuan 1.8 juta rakyat Pulau Pinang. Pemimpin DAP akan terus bersuara tanpa rasa takut atau pilih kasih terhadap rasuah serta mempertahankan hak rakyat Malaysia daripada dibuli oleh pelampau dan perkauman dalam PAS dan PN.

Hadi paling banyak mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti 3R, dengan sengaja memburukkan, mengaibkan, mendiskriminasi dan membuli orang bukan Islam. Hadi menuduh pemimpin DAP mencetuskan Islamofobia dengan menggunakan istilah “gelombang hijau” apabila istilah ini digunakan oleh pemimpin PAS sejak 2018. Ini jelas satu lagi kes klasik yang salah apabila digunakan oleh DAP tetapi betul apabila digunakan oleh PAS.

Hadi malah berkata orang bukan Islam yang tidak berpakaian sopan telah gagal menjaga maruah mereka dan tidak akan dihormati oleh semua agama dan negara bertamadun. Malah beliau menyeru orang bukan Islam yang tidak berpakaian sopan mengikut piawaian moral PAS agar tidak bersikap terlalu liberal sehingga tidak ada rasa malu seperti ‘haiwan yang tidak berperasaan’ yang mengakibatkan kehinaan yang melanda negara Barat sekarang. Bukankah tindakan perlu diambil terhadap Hadi atas kenyataan yang memecahbelahkan dan melampau terhadap orang bukan Islam sehingga membayangkan bahawa mereka tidak mempunyai rasa malu seperti haiwan yang tidak berakal?