Pertama sekali, saya ingin merakamkan tahniah ke atas keputusan Mahkamah Rayuan pada 23.11.2023 yang sekali lagi menentusahkan kedudukan SJKC SJKT sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan tanahair yang tercinta ini.
Sememangnya, isu yang dipertikaikan oleh sesetengah pihak merupakan satu “non-issue”, SJKC dan SJKT telah wujud sekian lama dalam sistem pendidikan kita, dan tindakan-tindakan pemohon dalam kes ini bukan sahaja sesuatu yang membazir masa Mahkamah, malah juga suatu penyalahgunaan proses Mahkamah.
Susulan daripada keputusan daripada Hakim-hakim yang bijaksana, saya mengesyorkan supaya Kementerian mengambil tindakan tegas dalam memastikan keberlangsungan SK, SJKC dan SJKT, dengan memastikan sekolah-sekolah yang menepati keperluan dapat dibina.
Apabila kita berbincang isu pembinaan sekolah SJKC Baharu, selalu dipersoalkan status 10 buah SJKC baharu dan 6 buah SJKC dipindah yang diberikan kelulusan dasar pada tahun 2017. Saya Nampak Komen FB seorang bekas Timb Menteri Pendidik yang menyatakan status pembinaan SJKC tersebut masih satu “tanda persoalan”, memberikan gambaran seolah-olah sekolah-sekolah tersebut tidak ada progress langsung di setelah pertukaran Kerajaan pada tahun 2018 dan 2022.
Saya terpanggil untuk mengambil kesempatan untuk “state the facts right”, yang mana pada tahun 2018 dan 2019, Kerajaan baharu pada ketika itu telah memberikan peruntukkan sebanyak RM20 juta setiap tahun untuk tujuan pembinaan SJKC Baharu. Dalam pada itu, ada SJKC baharu telah mendapat manfaat, termasuk SJKC dalam pindahan.
Daripada sekolah2 yang terbabit, ada yang telah mula beroperasi (SJKC Ladang Grisek, SJKC Cheah Fah), ada yang telah masuk fasa pembinaan terakhir (SJKC Poi Min). Ada juga sekolah-sekolah di luar daripada 10+6 ini diberikan kelulusan untuk pindahan dan diberikan peruntukkan untuk pembinaan.
Saya memahami keadaan apabila keadaan politik tidak stabil beberapa tahun yang lepas, maka usaha-usaha untuk pembinaan SJKC baharu adalah terjejas. Namun, sekarang keadaan politik telah kembali stabil, saya percaya sudah sampai masa pihak Kementerian untuk mempercepatkan usaha-usaha pembinaan SJKC di lokasi2 yang ada keperluan, dengan menyediakan peruntukkan yang secukupnya seperti yang dilaksanakan pada tahun 2018.
Dalam proses pembangunan fasiliti pendidikan, saya percaya ada pihak-pihak termasuk pemaju perumahan yang sanggup dan bersedia untuk membantu Kerajaan, dengan menyumbangkan tapak baharu dan mengambilalih tanggungjawab untuk membina sekolah ataupun dalam konteks ini, SJKC, di tapak-tapak kemajuan mereka. Segala usaha sebegini haruslah digalakkan oleh Kerajaan, dan saya mengesyorkan supaya tidak ada syarat-syarat sampingan dikenakan, misalnya pemaju diminta untuk membina satu lagi sekolah di tanah penyimpanan sekolah yang sedia ada pada masa yang sama.
Saya percaya dengan cara sebegini, SJKC baharu di lokasi yang ada keperluan dapat dibina tanpa sebarang implikasi kos kepada Kerajaan, dan juga dapat dipercepatkan keseluruhan proses.
Butiran 00102 Rendah Akademik & 03504 Infrastruktur Sokongan Pendidikan
Saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas pengumuman YAB Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan 2024 yang menyatakan peruntukkan untuk penaiktarafan tandas-tandas sekolah turut akan dilanjutkan kepada Sekolah Bantuan Kerajaan. Ini merupakan satu isyarat jelas dan tegas untuk memastikan kesemua sekolah2 di bawah Kementerian Pendidikan diberikan kedudukan yang sama rata.
Saya ingin mencadangkan di sini bahawa jumlah yang sama seperti tahun 2023, iaitu RM70,000.00 setiap sekolah, harus diberikan. Pada masa yang sama, saya juga ingin bertanya kepada Kementerian, dari butiran manakah peruntukkan ini bakal disalurkan? Sudah tentunya peruntukkan untuk penaiktarafan tandas ini harus dianggap dan dijadikan suatu peruntukkan tambahan kepada apa yang sedia ada, dan saya mencadangkan supaya peruntukkan ini tidak harus diberikan daripada anggaran peruntukkan penyelenggaran institusi KPM tahun 2024 sebanyak RM1 bilion tersebut.
Ini adalah penting untuk memastikan bahawa Anggaran Peruntukkan Penyelenggaran Institusi KPM tahun 2024 adalah mencukupi untuk tujuan penyelenggaran sekolah-sekolah seperti tahun-tahun sebelumnya. Saya juga memohon supaya anggaran peruntukkan ini dapat ditingkatkan untuk membolehkan sekolah2 SK, SBK dari semua aliran boleh mendapat manfaat dengan memperolehi peruntukkan yang lebih tinggi berbanding tahun2 lepas.