Saya gembira untuk bersama meraikan empat perkara malam ini.
Pertamanya, untuk meraikan RamKarpal Singh di atas kemenangan semulanya sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, dengan majoriti sebanyak 63,112 undi.
Kedua, sekali lagi untuk RamKarpal Singh, atas pelantikannya menjadi Timbalan Menteri Hal Ehwal Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri.
Ketiga, untuk Lim Hui Ying, yang bersama kita pada malam ini, atas pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.
Reformasi undang-undang dan pendidikan adalah perkara yang amat penting sekiranya kita ingin menghentikan kemunduran yang dihadapi negara dalam enam dekad yang lepas, dan sekiranya kita mahu mendapatkan semula kedudukan negara sebagai sebuah negara hebat yang bertaraf dunia.
Ada sebab keempat juga yang patut diraikan malam ini: Saya ingin mengucapkan tahniah kepada DAP Pulau Pinang di atas kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-15, di mana empat dari tujuh calon DAP-Pakatan Harapan (PH) telah menang besar sehingga calon lawan mereka hilang deposit. Empat orang calon ini adalah:
- Tanjong – Lim Hui Ying – meraih 84.8% undi yang dibuang
- Bukit Gelugor – Ramkarpal Singh – 82.7% undi
- Bagan – Lim Guan Eng – 81.3% undi
- Bukit Bendera – Syerleena Abdul Rashid – 78.9% undi
Walaupun kita perlu meraikan kemenangan ini, saya juga ingin mengingatkan semua pemimpin, ahli-ahli, dan penyokong DAP dan PH yang perjuangan politik untuk menjadikan Malaysia hebat semula baru sahaja bermula.
Pilihan raya negeri Pulau Pinang bakal diadakan pada tahun hadapan, dan saya cabar DAP dan PH untuk mencatatkan prestasi yang lebih baik dalam pilihan raya ini pada tahun hadapan.