“Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang” – platform terbesar di utara Malaysia untuk pendidikan alam sekitar akan diadakan pada 9 dan 10 September, bertempat di Arena SETIA SPICE, bermula dari 10 pagi hingga 6 petang. Karnival ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar dan menggalakkan orang ramai untuk menangani punca dan kesan pemanasan global serta mewujudkan kesan yang menyeluruhkan dalam usaha memerangi perubahan iklim. Tema karnival tahun ini – BERTINDAK TERHADAP PERUBAHAN IKLIM SEKARANG! (AGAINST CLIMATE CHANGE TOGETHER (ACCT), NOW) akan menampilkan lebih daripada 70 pempamer dan rakan aktiviti yang mewakili jenama, organisasi dan entiti terkemuka serta siri program kesedaran, permainan, pertandingan, ceramah dan banyak lagi.
Menurut Laporan NAHRIM (Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia), bacaan kenaikan suhu global dari tahun 1901-2012 adalah antara 0.69-1.08 darjah Celcius; manakala bacaan kenaikan aras laut global dari tahun 1901-2010 adalah antara 1.7mm – 2.1mm. Kebanyakan negara kepulauan kecil (small island states) diancam oleh peningkatan aras air laut. Pulau Pinang mempunyai kebanyakan ciri-ciri negara kepulauan kecil dan turut terdedah kepada cabaran-cabaran alam sekitar ini seperti cuaca yang melampau dan banjir kilat.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai visi untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang ‘Bersih, Hijau, Selamat, Sihat dan Ceria’. Sejak tahun 2010, kami telah mula dengan inisiatif siri alam sekitar untuk meningkatkan kecekapan sumber seperti khidmat bas CAT percuma, tiada beg plastik percuma setiap hari, larangan bekas makanan polistirena, memberi insentif untuk bangunan hijau, menyediakan laluan basikal, pelaksanaan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca.
Pulau Pinang telah mencapai 38% kadar kitar semula yang tertinggi di negara ini berbanding dengan 22% kadar kitar semula negara dan berharap untuk meningkatkan kadar kitar semula kepada 40% menjelang tahun 2020. Kami adalah negeri pertama yang menentang loji tenaga kuasa nuklear di Malaysia dan akan terus berbuat demikian. Kami berharap Malaysia dapat meninggalkan loji tenaga kuasa nuklear seperti Jerman. Kami tidak akan membenarkan sebarang pembinaan loji tenaga kuasa nuklear di Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan telah bersetuju dengan keputusan kami.
Kami tidak pernah membenarkan pembalakan hutan simpan kekal, tidak seinci persegi pun disentuh. Tambahan pula, kami telah menanam lebih daripada 271,000 pokok di Pulau Pinang sejak tahun 2008. Semua majlis rasmi untuk melindungi biodiversity semulajadi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berhenti menghidangkan sup sirip ikan yu. Kami sedang menuju ke arah negeri hijau yang pertama di Malaysia.
Acara tahunan ini merupakan anjuran bersama Penang Green Council (PGC) and Malaysian Green Building Confederation (MGBC) Northern Chapter. Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), penganjur bersama, penaja-penaja dan rakan-rakan kongsi, karnival ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan padu dan berterusan daripada semua pihak ini.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penaja atas sokongan mereka terhadap Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang 2017, yang menunjukkan komitmen perniagaan mereka kepada alam sekitar dan kualiti kehidupan. Mereka adalah penaja utama: Solarvest Energy Sdn Bhd, Sunway Property, Wiitrac Elevator Sdn Bhd and para penaja seperti berikut: Sulomas Utara Sdn Bhd, Apollo Vista Concept Sdn Bhd, Aim Max Media Sdn Bhd, Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd, Genting Hong Kong & Star Cruises, Ninebot Malaysia, Biji-biji Initiative, Panasonic Malaysia Sdn Bhd, Entopia by Penang Butterfly Farm, Greenxagon Marketing Sdn Bhd, Cenviro Sdn Bhd, Nets Printwork Sdn Bhd and Koo Bros Production.
Perubahan iklim tidak mendiskriminasi dan ia adalah ancaman terbesar kini dan kepada generasi masa depan. Perubahan iklim kini sedang berlaku di sini dan sekarang adalah masa untuk bertindak. 9 & 10 September adalah hari untuk mengubah dunia yang bermula dari setiap satu orang. Marilah Bertindak Terhadap Perubahan Iklim Sekarang!