Skip to content

Catatan dan Harapan – Dari Persidangan Dewan Negeri Johor

Pendahuluan:

Kerajaan PAKATAN HARAPAN ditubuhkan genap 100 hari pada hari ini. Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Negeri telah pun mengadakan persidangan masing-masing dalam tempoh ini. Pada pendapat saya, kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai dua cabaran yang sama, iaitu pembaharuan institusi dan penciptaan peluang pekerjaan dan peluang ekonomi yang bernilai tinggi.

Persidangan Dewan Negeri Johor Ke-14 telah dirasmikan pada 9hb Ogos, persidangan pula bermula pada 12hb Ogos. Pejabat ADUN Mengkibol telah mengambil inisiatif untuk mengumpul, mengkategori dan menganalisa semua soalan (soalan bertulis dan lisan) yang dibentangkan oleh semua ADUN. Sebanyak 368 soalan telah dikumpulkan dalam persidangan kali ini. (Untuk soalan yang merangkumi lebih dari satu kategori, contohnya, soalan yang menyentuhi keusahawanan di kalangan belia FELDA akan diambil kira sebagai soalan dalam kategori FELDA dan Belia).

Analisa:

⅔ soalan tertumpu pada kategori Penghidupan Rakyat, Pembaharuan Sistem, Tanah dan Perumahan, Ekonomi serta Pendidikan. Dalam pada itu, lebih 30% soalan boleh dibahagikan kepada 4 sub-kategori utama, iaitu Perumahan/Tanah (37 soalan), Pengangkutan (37 soalan), Perniagaan dan Pelaburan (32 soalan) , Pendidikan Menengah dan Pendidikan Tinggi (27 soalan). Isu lain yang yang dibangkitkan oleh ADUN-ADUN juga merangkumi isu Sains dan Teknologi, Wanita dan Kanak-kanak serta Industri Utama.

Pada amnya, soalan dalam kategori-kategori di atas boleh dikatakan mendapat perhatian daripada kedua-dua pihak, iaitu parti penyokong dan pembangkang.

Perumahan/Tanah merupakan sub-kategori yang penting, terdapat 10 soalan mengenai rancangan rumah mampu milik, 4 soalan mengenai rancangan perumahan FELDA generasi ke-2. Terdapat juga soalan yang menyentuhi rancangan rumah murah dan isu penggunaan tanah.

Sub-kategori Perniagaan dan Pelaburan pula tidak tertumpu, antara isu yang dibangkitkan termasuk keadaan pelaburan dari luar negara, perkembangan perindustrian 4.0, bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana/kontraktor, bantuan dalam bidang hartanah dan pertanian, pembangunan semula taman perindustrian yang terbengkalai, bekalan sumber manusia mahir dari institusi pendidikan negeri, dasar pembangunan ekonomi negeri, pengurusan kilang, peningkatan pelaburan dan lain-lain. Soalan samada rancangan kerajaan dahulu harus diteruskan atau dibatalkan juga dibangkitkan dalam persidangan kali ini.

Sub-kategori Pengangkutan pula merangkumi rancangan pengangkutan awam, jalan-jalan kemalangan tinggi, kerosakan dan kesesakan jalanraya, serta projek landasan keretapi berkembar.

Dalam kategori Pendidikan pula, isu penubuhan universiti baru kerajaan PAKATAN HARAPAN merupakan soalan yang paling kerap ditanya (di dalam sub-kategori Pendidikan Menengah dan Pendidikan Tinggi). Soalan-soalan lain dalam kategori ini adalah seperti pendidikan teknikal, biasiswa pendidikan tinggi, naik taraf kemudahan sekolah, kekurangan guru, pengiktirafan UEC, dan bantuan sekolah agama.

Perbendaharaan merupakan satu lagi tumpuan ADUN dalam kategori Ekonomi, dimana mereka ingin mengetahui bagaimana pemansuhan GST dan pelaksaan SST mempengaruhi kedudukan kewangan kerajaan negeri Johor.

Dalam kategori Pembaharuan Sistem pula, bilangan soalan mengenai Kerajaan negeri (11), Kerajaan Tempatan (12), Pilihanraya/manifesto (14) dan isu-isu tempatan lain (11) agak sama rata.

Penambahan institusi kerajaan tempatan, balai polis dan sumber manusia penguatkuasaan tempatan adalah fokus ADUN. Isu-isu tempatan yang dibangkitkan adalah seperti pengurusan banjir, bekalan elektrik dan air, penguatkuasaan kerajaan tempatan dan subsidi atau bantuan kerajaan negeri, termasuk juga soalan yang mengenai penerusan jenis bantuan yang diberikan oleh kerajaan dahulu.

Kategori Penghidupan pula menyaksikan fokus pada Keselamatan Masyarakat, selain daripada sub-kategori Pengangkutan yang telah pun dibincangkan di atas. Dalam sub-kategori Keselamatan Masyarakat, soalan-soalan merangkumi masalah sosial yang dibawa oleh mesin judi, hari cuti minggu, peningkatan bil-bil elektrik dan air, pengurusan sampah dan bahan buangan dapur, wabak deman denggi dan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), masalah perubatan golongan berpendapatan rendah.

Soalan-soalan yang memberi perhatian kepada Wanita dan Kanak-kanak tidak tertinggal di dalam Dewan ini. 20 soalan dalam kategori ini terdiri daripada isu-isu pekerjaan dan keusahawanan wanita (8 soalan) , kebajikan dan bantuan kemiskinan (12 soalan).

Terdapat 18 soalan di dalam kategori Industri Utama, antaranya adalah bantuan peladang dan isu harga hasil perindustrian utama.

Kategori-kategori lain termasuk FELDA (15 soalan) dimana pembangunan ekonominya telah menjadi tumpuan perbincangan, Hubungan Johor-Singapura (9 soalan) yang menyentuhi pertahanan negara, bekalan air dan isu hak pulau.

SUKMA yang akan dianjurkan di Johor pada tahun 2020 merupakan soalan yang dibangkitkan dalam kategori Sukan (7 soalan).

Kesimpulan

Faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia membuat keputusan untuk menukar kerajaan pada PRU14 adalah penyalahguanaan kuasa dan rasuah kerajaan dahulu, yang menyebabkan masalah penghidupan. Ini jelas ditunjukkan dengan soalan-soalan dalam kategori utama yang dibangkitkan oleh ADUN, samada ADUN parti penyokong atau parti pembangkang. Kebanyakan soalan adalah mengenai masalah penghidupan, pembangunan ekonomi dan pembaharuan sistem dimana ia memberi impak yang besar kepada pembangunan masyarakat dan negara pada keseluruhannya.

Soalan ekonomi yang disampaikan oleh ADUN-ADUN tidak berfokus, ada pula mengeluarkan cadangan-cadangan yang agak membina dalam perbahasan, contohnya, dalam soalan tambahan mengenai hasil projek pelancongan pertanian, saya telah bercadang agar kerajaan negeri boleh menyepadukan bidang pertanian, pemprosesan makanan dan pelancongan pertanian, untuk menurunkan risiko bekalan hasil pertanian yang berlebihan, pada masa yang sama meninggikan keberkesanan kos pertanian, seperti Rancangan “Lembaran Baru Johor Tengah”, rancangan nadi ekonomi baru yang akan dilancarkan di Johor Tengah.

Soalan-soalan mengenai ekonomi tertumpu pada hala tuju pembangunan ekonomi negeri Johor, serta jurang pembangunan di antara bandar dan luar bandar. Ini jelas menunjukkan bahawa pembangunan ekonomi Negeri Johor masa kini memerlukan satu rancangan yang lebih rapi dan menyeluruh.

Pada umumnya, suara hati penduduk yang menghadapi masalah penghidupan, seperti kekurangan kemudahan asas dan beban kehidupan harian mereka jelas ditunjuk dalam soalan-soalan yang disampaikan oleh ADUN mereka.

Pertukaran kerajaan telah membolehkan parti penyokong baru mempersoalkan penyalahgunaan kuasa kerajaan dahulu. Manakala, pembangkang baru pula memberi perhatian kepada pelaksanaan rancangan kerajaan dahulu, samada akan diteruskan atau dibatalkan. Ini menunjukkan kerajaan baru belum mengemaskini, membuat keputusan atau membetulkan pelaksanaan rancangan-rancangan itu.

Keadaan sebegini akan menimbulkan kebimbangan rakyat. Andainya masalah atau kekurangan pada kerajaan dahulu terus diwarisi, keyakinan rakyat terhadap kerajaan baru akan terjejas.

Dengan ini, dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah Sultan Johor, saya telah membuat cadangan kepada kerajaan negeri supaya menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyiasatan dan Audit Projek untuk menyiasat projek kerajaan dahulu yang dicurigai, terutamanya dalam pentadbiran, pembelian dan pengurusan kewangan projek.

Walaupun isu-isu yang melibatkan rakyat seluruh negara seperti pengecualian cukai atas derma kepada sekolah jenis kebangsaan, pemansuhan GST, dasar pandang ke timur juga dibangkitkan, tetapi ia harus diubahsuai ke dalam konteks kerajaan negeri agar tidak tolak oleh Yang DiPertua Dewan.

Pembaharuan sistem bagailah mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan. Bagaimanakah negeri kerajaan negeri Johor menangani isu kontrak monopoli dan tender terbuka merupakan sebahagian daripada soalan yang dibentangkan. Saya pula mempersoalkan pengurusan kewangan syarikat-syarikat pautan kerajaan (GLC), dan menerangkan keperluan dan kepentingan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan dan Audit GLC dalam masa yang tersingkat.

Permintaan untuk maklumat lanjut, penerangan polisi, pengurusan isu tempatan secara proaktif atau dedekasi daripada kerajaan tempatan merupakan sebahagian harapan ADUN yang membentangkan soalan mengenai kerajaan tempatan. Pegangan kuasa dan sumber yang melampau pada pihak pemerintah telah menyebabkan pembahagian kuasa yang tidak sama rata dalam sistem demokrasi kita, dimana peranan pihak perundangan telah terjejas, seterusnya hanya berupaya menyampaikan permintaan kepada pihak berkuasa tempatan secara pasif.

Keadaan ini juga menunjukkan komunikasi di antara ADUN, kerajaan negeri dan tempatan perlu dipertingkatkan. Komunikasi yang bagus akan memboleh pertukaran maklumat dan pandangan dari masa ke masa. Persidangan Dewan Negeri akan menjadi lebih berkesan dan ADUN boleh membawa cadangan yang lebih membina secara proaktif. Inilah fungsi Dewan Negeri yang sebenar. Disamping itu, kerajaan Negeri juga boleh mendapat maklumbalas yang bernas dari persidangan ADUN-ADUN ini.

Pada umumnya, setiap ADUN telah memberi perhatian kepada pelbagai bidang dan isu-isu yang besar, ada pula membawa isu-isu tempatan. Ini menunjukkan bahawa ADUN telah dipertanggungjawabkan untuk menangani pelbagai isu dan peranan yang luas, sehingga tidak berupaya untuk menyelidik, atau mempertingkatkan tahap profesionalisme diri. Justru, perbahasan Persidangan ADUN tidak dapat memberi hasil, polisi dan keputusan yang membina kepada pembangunan Johor.

Dalam sesebuah masyarakat sivil, rakyat sedar dan faham fungsi-fungsi jabatan atau institusi kerajaan tempatan dan negeri. Sekiranya rakyat tahu siapakah yang harus menangani masalah mereka, maka ADUN tidak lagi dikehendaki untuk menjadi orang tengah di anatara Jabatan Kerajaan dan rakyat.

Untuk menyelesaikan cabaran fungsi ADUN ini, pilihanraya kerajaan tempatan harus dipercepatkan, supaya Ahli Majlis Daerah/Bandar boleh dipilih dan memainkan peranan mereka dengan berkesan. Manakala ADUN boleh menumpukan perhatian mereka kepada persidangan dan perundangan negeri. Selain daripada itu, kerajaan boleh mengadakan exco sampingan agar lebih ramai ADUN dan pegawai boleh mengambil bahagian dan memberi perkhidmatan dalam bidang tertentu.

Saya berpendapat bahawa ADUN adalah satu jawatan khas dan profesional, dimana seseorang ADUN bukan sahaja harus menyampaikan suara rakyat, dia juga harus mengadakan komunikasi dan hubungan yang erat dengan pihak berkuasa, menjadi jambatan yang menyambungkan rakyat dengan jabatan, kerajaan tempatan dan kerajaan negeri.

Inilah catatan saya selepas menyertai Persidangan Dewan Negeri Johor buat pertama kali, ini juga merupakan harapan saya pada hari ke-100 pembentukan kerajaan Pakatan Harapan.

Ubah, mulalah dari Johor!