Skip to content

Cukup dengan dakwaan berunsur fitnah dan perkauman jika tidak ada modal Lain

Dakwaan bahawa DAP tidak mengiktiraf sistem Raja berperlembagaan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Razlan Rafii adalah suatu dakwaan yang tidak berasas dan seperti biasa bermotifkan perkauman dan fitnah. Dakwaan tidak bertanggungjawab ini dilakukan untuk melagakan orang Melayu dan DAP.

Dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang didakwa satu demi satu atas pelbagai kes penyelewengan, ahli UMNO seperti Razlan Rafii yang sebelum ini bersama konco-konconya yang ‘gagah perkasa’ gemar memprotes di depan Ibu Pejabat Kebangsaan DAP semasa UMNO berkuasa dahulu sudah hilang hala tuju dalam UMNO dan hanya tahu meroyan dengan kenyataan berunsur perkauman yang tidak menggunakan akal.

Bagi parti DAP, perkhidmatan kepada rakyat adalah sesuatu yang amat penting dan diutamakan. Ini adalah selaras dengan perjuangan parti. Parti DAP bukan seperti Razlan dan UMNO yang hanya mementingkan ganjaran politik dengan menipu rakyat.

Razlan dan sekutunya dalam UMNO patut insaf akan perbuatan lampau dahulu dan mula melangkah ke hadapan dengan menolong rakyat dengan pelbagai platform seperti NGO lain. Jika tidak berminat mungkin boleh fokus kepada bisnes sendiri dan bekerja keras seperti semua yang lain. Tidak perlulah untuk ‘bermacai’ bersama UMNO lagi yang tiada masa hadapan. Tidak berbaloi melemparkan dakwaan atau kenyataan berunsur perkauman yang tidak akan membawa sebarang faedah kepada sesiapa termasuk diri sendiri.