Di sini saya ingin mengatakan bahawa dakwaan ahli parlimen PAS Khairuddin Aman Razali bahawa terdapat cadangan agar Pakatan Harapan (PH) mengadakan rundingan kerusi dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menentang Barisan Nasional dalam pilihanraya negeri (PRN) Johor adalah cerita dongeng semata-mata dan tidak berasas.
Saya juga ingin mengatakan bahawa sebenarnya daripada maklumat yang saya terima, selepas PN kalah teruk di PRN Johor, kebanyakkan ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri dari PN (PAS dan Bersatu) khususnya menteri-menteri dan timbalan menteri ingin menyertai UMNO demi menyelamatkan jawatan mereka dalam kerajaan dan kekal berkuasa. Ini kerana mereka sedar yang rakyat sudah muak dengan PN yang gila kuasa dan hanya pentingkan poket sendiri.