Skip to content

DAP akan melaksanakan semua Konvensyen Biasa Negeri mengikut jadual bermula dari 14 Mac sehingga 5 Jun 2021

Selari dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membenarkan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Berdaftar diadakan, maka DAP akan melaksanakan semua Konvensyen Biasa Negeri mengikut jadual bermula dari 14 Mac sehingga 5 Jun 2021.

Semua Jawatankuasa Negeri telah diarahkan untuk menyediakan tempat persidangan yang besar dan sesuai untuk memenuhi syarat 50% berdasarkan kapasiti saiz tempat mesyuarat.

Selain itu, semua Jawatankuasa Negeri mesti mengambil langkah-langkah untuk mematuhi segala SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Cawangan-cawangan DAP di negeri masing-masing yang layak menghantar wakil ke Konvensyen Biasa Negeri mesti memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan DAP iaitu cawangan bertaraf Sijil A atau cawangan baru yang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan sebelum 30 September 2020 dan semua dokumen mesyuarat yang lengkap telah dihantar ke Ibu Pejabat Kebangsaan sebelum 15 Oktober 2020.

Proses pencalonan untuk pemilihan ke Jawatankuasa Negeri masing-masing telah dan sedang dijalankan dan senarai calon yang layak bertanding akan dihantar kepada setiap wakil mengikut syarat-syarat dalam Perlembagaan Parti.

Selepas semua Konvensyen Biasa Negeri selesai dilaksanakan, Kongres Kebangsaan Parti akan diadakan sebelum 30 Jun 2021.

Jadual Konvensyen Biasa Negeri DAP untuk tahun 2021 adalah seperti berikut:

Tarikh Negeri
14 Mac (Ahad) Perak
19 Mac (Jumaat) Kedah
21 Mac (Ahad) Pulau Pinang
26 Mac (Jumaat) Terengganu
28 Mac (Ahad) Pahang
9 April (Jumaat) Kelantan
11 April (Ahad) Negeri Sembilan
18 April (Ahad) Melaka
25 April (Ahad) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
1 Mei (Sabtu) Sarawak
2 Mei (Ahad) Johor
22 Mei (Sabtu) Wilayah Persekutuan Labuan
23 Mei (Ahad) Sabah
30 Mei (Ahad) Perlis
5 Jun (Sabtu) Selangor