Skip to content

DAP akan mematuhi Hari Berkabung Malaysia untuk mangsa-mangsa MH17

DAP akan mematuhi Hari Berkabung Malaysia pada 22 Ogos 2014 untuk mangsa-mangsa tragedi MH17. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengarahkan supaya semua bendera di premis parti di seluruh negara dikibarkan separuh tiang pada hari Jumaat ini.

Ibu Pejabat Kebangsaan DAP akan bertafakur selama satu minit menurut waktu yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Hari Berkabung Malaysia. Semua ahli DAP dinasihatkan supaya turut bertafakur sejenak di kawasan masing-masing.

Delegasi Ahli Parlimen DAP diketuai Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan menghadiri majlis di Kompleks Bunga Raya KLIA untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa nahas.