Skip to content

DAP anti-Islam dan anti-Melayu merupakan penipuan UMNO

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bimbang agar ‘kedudukan istimewa’ Umnoputra akan terjejas sekiranya DAP memerintah negara ini dan bukannya orang Melayu dan Islam. DAP tidak akan memerintah negara ini tanpa kerjasama daripada rakan-rakan dari Pakatan Harapan iaitu PKR dan Amanah berserta dengan PPBM.

Kenyataan Ku Nan di Surau al-Iman, Presint 9 di Putrajaya tempoh hari mengingatkan umat Islam bahayanya jika DAP memerintah negara ini merupakan satu helah politik Umno untuk menakutkan masyarakat Melayu dan Islam. DAP hanya bertanding 50 kerusi Parlimen pada Pilihanraya Umum ke 13 dan adalah mustahil bagi DAP untuk memerintah negara ini walaupun jika DAP memenangi keseluruhan 50 kerusi yang ditandingi kerana Parlimen Malaysia mempunyai sejumlah 222 kerusi Parlimen. Ini membuktikan bahawa DAP hanya merupakan salah satu rakan kongsi dalam Pakatan Harapan yang bakal menubuhkan kerajaan baru bersama PPBM kelak.

Umno telah mengulangi tanpa gagal propagandanya di komuniti Melayu iaitu DAP merupakan sebuah parti anti-Islam dan anti-Melayu. Ini adalah kerana mereka bimbang agar keistimewaan yang pemimpin-pemimpin Umno menikmati selama ini akan terjejas. Keistimewaan yang dimaksudkan adalah keuntungan peribadi daripada kegiatan rasuah, penyelewengan, salahgunakuasa dan sebagainya. Di sebaliknya, propaganda parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan berulang kali mengatakan DAPlah dalang mempercepatkan proses Islamisasi di negara kita dengan sokongan yang telah diberikan kepada PAS sebelum ini. Ini menunjukkan sifat munafik BN dan taktik mereka untuk mengekalkan kuasa adalah menipu dengan harapan suatu penipuan akan menjadi benar sekiranya ia diulangi serratus ataupun seribu kali.

Penipuan Umno ini boleh dibuktikan dengan peruntukan kewangan bagi hal ehwal Islam oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang di ketuai oleh DAP yang jauh lebih tinggi berbanding dengan zaman pemerintahan Barisan Nasional. Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM37.25 juta pada tahun 2009, RM39.60 pada tahun 2010, RM65.27 juta pada tahun 66.38 juta pada 2012, RM55.13 juta pada 2013 dan RM52.21 pada 2014 berbandaning dengan RM25.49 juta ketika Pulau Pinang masih di bawah pemerintahan Barisan Nasional dulu dan tiada satu sen peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR). Kerajaan Pulau Pinang menyediakan bantuan RM1.75 juta untuk SAR setiap tahun dan ia jelas menunjukkan DAP merupakan sebuah parti politik yang menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara ini dan Melayu sebagai majoriti dalam masyarakat ini.