Skip to content

DAP Johor akan bekerja keras untuk memastikan semua kerusi yang ditandingi parti-parti Pakatan Harapan dimenangi dalam PRU akan datang

DAP Johor akan bekerja keras untuk memastikan semua kerusi yang ditandingi parti-parti Pakatan Harapan dimenangi dalam PRU akan datang.

Kemenangan di mana jua kerusi yang ditandingi oleh DAP, PPBM, PKR dan Amanah baik di peringkat parlimen mahupun DUN akan menjadi sasaran kerja utama pada pilihan raya nanti.

Apa jua cabaran termasuklah kemungkinan untuk berhadapan pertandingan 3 penjuru akan dihadapi dalam bentuk kolektif.

Ini komitmen DAP. Menyedari realiti politik tanah air yang menuntut kerjasama erat antara parti untuk berhadapan Barisan Nasional dan sekutunya, kemenangani bersama parti-parti PH adalah suatu kemestian.

Hanya dengan kemenangan bersama, PH boleh membentuk kerajaan di negeri Johor. Dalam erti kata lain, strategi untuk merangka kemenangan bersama parti-parti komponen tidak boleh sama sekali dipandang enteng.

Ini sekaligus menyangkal kenyataan Datuk Mahfodz Mohamed semalam yang menggambarkan hasrat PAS untuk bertanding sehingga lebih 40 kerusi di negeri ini sekiranya Majlis Syuro Ulama membuat keputusan memutuskan kerjasama dengan PKR.
Rujuk http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/15/pas-johor-tanding-lebih-40-kerusi-jika-bersendirian/

Kenyataan Mahfodz hanyalah menggambarkan sikap ‘pentingkan diri’. Jika PAS terus mengambil pendirian sebegini, hasrat untuk melakukan agenda perubahan di peringkat negeri dan nasional sukar direalisasikan.

Justeru, DAP mengulangi komitmen untuk bekerja keras bagi memastikan kemenangan parti-parti PH dalam PRU yang akan datang.