DAP menegur keras Chew Ching Sin, ADUN Mengkibol atas kenyataan sensitif dalam serangan pengganas di Christchurch semalam.
Walaupun Chew telah menarik balik dan memohon maaf sebanyak tiga kali, saya mengakui kenyataan tersebut memberi kesan serius. Nasi sudah menjadi bubur dan saya menegur sikap beliau yang tidak sensitif. Parti amat memandang serius insiden ini.
Kami mengambil pendirian Setiausaha Agung, Lim Guan Eng mewakili DAP:
“DAP mengutuk serangan terhadap masjid di Christchurch yang telah mengorbankan nyawa dan menyebabkan kecederaan kepada ramai pihak. Ia bukan hanya satu jenayah ke atas komuniti Muslim di Christchurch, tetapi satu jenayah ke atas kemanusiaan.
“Tiada agama yang membenarkan keganasan kepada orang yang tidak bersalah, dan apa yang berlaku bertentangan dengan ajaran semua agama”
Apa yang berlaku di Christchurch adalah perbuatan pengganas dan DAP mengecamnya.