Skip to content

DAP menggesa Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan untuk mengarahkan inkues dan bertindak serta merta terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas mangsa kematian dalam tahanan A Ganapathy

DAP menggesa Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan untuk mengarahkan inkues dan bertindak serta merta terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas mangsa kematian dalam tahanan A Ganapathy. Ini berikutan pendedahan peguamnya bahawa laporan bedah siasat menunjukkan A Ganapathy telah meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kaki dan bahunya.

Tidak sukar untuk mengenalpasti mereka yang terlibat dalam kecederaan yang dialami oleh A Ganapathy, yang mengakibatkan kematiannya ketika dia berada dalam tahanan polis. DAP mengecam kematian A Ganapathy, dan mendesak PN serta Takiyuddin untuk mengambil pendekatan pro-aktif untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian A Ganapathy.

Takiyuddin tidak boleh membisu, sebagaimana dia sedang membisu tentang kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, apabila beliaulah antara pemimpin PAS ketika menjadi pembangkang yang menggunakan retorik berapi-api mengkritik kegagalan PH mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab.