DAP mengutuk sekeras-kerasnya siri pengeboman yang disasarkan terhadap beberapa gereja dan hotel di Sri Lanka semalam pada 22 April 2019, sewaktu umat Kristian menyambut perayaan Easter. Pengeboman yang telah menyebabkan kehilangan 207 nyawa insan yang tidak bersalah, dan mencederakan 450 yang lain merupakan suatu perbuatan keji dan kejam yang melanggar norma-norma kemanusiaan, lebih-lebih lagi ketika para mangsa sedang mengamalkan kebebasan beragama mereka dan menunaikan ibadat pada tarikh keagamaan yang penting iaitu Hari Easter.
Kami yakin bahawa kerajaan Sri Lanka akan mengambil langkah-langkah sepenuhnya untuk menahan dan menghukum pihak-pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan yang keji ini yang masih tinggal.
DAP ingin menyampaikan simpati, sokongan dan solidariti, dan juga takziah yang mendalam kepada rakyat Sri Lanka, termasuk komuniti Kristian negara tersebut. Aksi kekejaman yang dilakukan pada hari Ahad tersebut membuat rakyat Malaysia berasa teramat sedih, dan kami mendoakan agar Sri Lanka dan rakyat mereka akan dapat pulih dengan segera.