Kemelut politik di kala Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuktikan DAP adalah parti yang mementingkan prinsip dari kuasa, dan dari hari pertama juga telah pihak DAP menolak individu-individu kleptokratik daripada menjadi sebahagian daripada parti. DAP menolak sekeras-kerasnya pengambilan ahli-ahli UMNO daripada menjadi calon untuk PRN Melaka pada kali ini. Malangnya, pendapat parti DAP bukanlah pendapat yang mendapat sokongan dari parti-parti komponen yang lain dan politik lompat seolah-olah sudah menjadi adat di dalam pakatan politik.
Kendatipun, penentangan berkenaan pengambilan ahli-ahli politik lompat ini sudah parti DAP dimulakan dari dahulu. Pengerusi DAP Malaysia, Tan Kok Wai telah memberitahu pucuk pimpinan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Amanah untuk tidak menerima ahli politik lompat parti beberapa bulan selepas Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan persekutuan pada tahun 2018. Ini bukan sahaja amalan yang tidak sihat, malahan amalan ini hanya akan menjejaskan kestabilan politik negara, lebih-lebih lagi pada ketika itu, PH baru sahaja menjadi kerajaan persekutuan. Namun begitu, pendirian ini tidak didengari oleh pucuk pimpinan parti tersebut pada ketika itu.
Untuk PRN Melaka juga, pendirian DAP kekal menolak budaya individu-individu lompat parti ini, walaupun mereka adalah calon di bawah PH. Fokus DAP untuk PRN kali ini adalah untuk membantu calon-calon yang bertanding di bawah PH yang berprinsip dan DAP tidak akan berkempen untuk atau mempromosikan calon-calon lompat parti. Pengambilan dan pencalonan individu-individu yang lompat parti adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh PKR dan Amanah. Justeru, parti-parti ini perlu menjelaskan kepada rakyat berkenaan rasional penerimaan ahli politik lompat ini sebagai calon parti mereka.