DAP menyambut ulang tahun ke-56 parti kami hari ini dengan ikrar untuk bekerjasama dengan semua rakyat Malaysia bagi menegakkan Perlembagaan Persekutuan yang komited untuk mewujudkan keadilan, peluang saksama, kebebasan, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, kemakmuran untuk semua dan menghormati maruah manusia. Kami perlu mendengar harapan rakyat bukan sahaja dengan fikiran kita tetapi juga dengan hati kita. Kami mesti berkhidmat dengan sepenuh hati dan menyuarakan aspirasi mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Kami tidak boleh melakukan ini secara bersendirian tetapi bersama-sama. Atas sebab ini DAP telah bekerjasama dengan rakan pakatan yang berkongsi prinsip dan impian kami. Hanya melalui pakatan parti politik yang sehaluan, DAP telah berubah daripada parti pembangkang kepada rakan kongsi kuasa dalam beberapa kerajaan negeri dan akhirnya Kerajaan Persekutuan pada 2018.
Malaysia adalah milik rakyat tanpa mengira umur, jantina, kaum, agama atau latar belakang. Tidak sepatutnya ada diskriminasi atau peminggiran sama ada daripada segi politik, sosial atau ekonomi. Semua rakyat Malaysia mempunyai hak mereka.
Sama seperti DAP menyeru semua rakyat Malaysia untuk membantu antara satu sama lain, menghormati perbezaan kita dan menyokong apa yang betul menentang apa yang salah, kita perlu berkongsi kejayaan dan kekurangan kita, barulah kita boleh mengatasi pelbagai cabaran dan menyediakan anak-anak kita untuk masa depan.
Semasa pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi, Malaysia menghadapi banyak ancaman perpecahan, ekstremisme, perkauman dan ketandusan ekonomi serta kemiskinan kewangan. Kita boleh mengalahkan tekanan negatif ini dengan mengutamakan anak-anak kita supaya mereka berhak mendapat setiap peluang untuk merealisasikan potensi mereka sepenuhnya potensi.
Marilah kita bersatu untuk mengelakkan masa depan anak-anak kita hilang dicuri.