DAP menyatakan sokongan terjadap Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua. Tan Sri Khalid patut kekal sebagai Menteri Besar setelah berjaya mengetuai Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dalam piliharaya umum baru-baru ini dengan memenangi majoriti dua pertiga dengan 44 daripada 56 kerusi DUN Selangor berbanding hanya 36 kerusi pada tahun 2008.
Walaupun DAP memenangi 15 kerusi di samping 15 kerusi daripada PAS dan 14 kerusi PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim patut diiktiraf untuk integriti dan perkhidmatannya di Selangor. Ini telah membolehkan Pakatan Rakyat bangkit melawan usaha kuat BN yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memenangi kembali Selangor. DAP Selangor juga menyokong penuh Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.