Skip to content

DAP menyeru semua pihak untuk kekal bertenang dan sabar menunggu keputusan muktamad daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong

Ketika proses pembentukan kerajaan baru selepas PRU15 masih berjalan, DAP menyeru semua pihak untuk kekal bertenang dan sabar menunggu keputusan muktamad daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong.

Proses yang sedang berjalan ini adalah sesuatu yang baru untuk negara kita namun ia adalah suatu proses yang biasa yang perlu dilalui dalam sistem Demokrasi Berparlimen ala Westminster dalam keadaan di mana tidak ada satu parti atau gabungan memenangi kerusi majoriti di Dewan Rakyat.

DAP akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Rukun Negara dan mempertahankan Keluhuran Perlembagaan Malaysia.

DAP juga menyeru semua pihak dan mengarahkan semua anggota DAP supaya sentiasa menjaga keharmonian dan ketenteraman awam sepanjang masa.

Keamanan dan kedamaian di kalangan masyarakat kita mesti dipelihara dalam meraikan proses demokrasi yang semakin subur di negara kita.