Skip to content

DAP menyokong penuh bekas menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang cuba mencari kebenaran berkaitan skandal 1 MDB

Tindakan polis cuba menyiasat Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyddin Yassin, bekas Menteri Kewangan II Dato Seri Ahmad Husni Bin Hadzlah & Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato Seri Shafee Apdal adalah satu tindakan mencabul penghormatan & kekebalan parlimen. Ini boleh dianggap sebagai satu penganiayaan politik.

Semua rakyat berhak untuk mencari kebenaran berkenaan skandal raksasa 1 MDB kerana skandal ini bukan sahaja telah menjadi skandal kewangan terbesar di dunia malahan mengakibatkan nama negara tercemar & hutang negara meningkat. Perlu ditegaskan semua Ahli Parlimen mempunyai kewajipan utk mencari kebenaran demi kepentingan awam.

Memandangkan keadaan di atas, apabila 3 orang bekas Menteri Kabinet cuba bertanya di parlimen, mereka sebenarnya melaksanakan kewajipan mereka sebagai Ahli Parlimen dan hak bersuara ini dijamin oleh perkara 63(4) Perlembagaan Prrsekutuan. Akta Rahsia Rasmi tidak boleh sekali disalahguna untuk menutup kes2 rasuah.

DAP Perak memberi sokongan penuh kepada 3 orang bekas menteri ini supaya mereka terus bersuara untuk memastikan mereka yang terlibat dalam skandal 1 MDB yang melibatkan dana RM50 billion akan dihadap ke muka pengadilan secepat mungkin.