Skip to content

DAP rakam takziah untuk keluarga dua juruterbang TUDM

DAP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam nahas pesawat jet Hawk 108 di Kemaman, Terengganu semalam. Pengorbanan mereka untuk negara akan dikenang.

Saya selaku Setiausaha Agung parti merasa sedih atas pemergian dua wira negara ini, iaitu Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari dan Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.