DAP Perak hari ini memutuskan sebulat suara menyokong penuh calon yg akan mewakili kerajaan Perpaduan dalam PRK Air Kuning yg akan diadakan pada 26hb April nanti.
Menurut pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, mesy Jawatankuasa negeri DAP hari ini juga membuat keputusan menubuhkan jawatankuasa khas PRK Air Kuning yg diketuai oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee dan Ahli Exco kerajaan negeri Perak A Sivanesan utk membantu menjayakan kempen calon Barisan Nasional yg akan mewakili kerajaan Perpaduan.
DAP Perak juga akan menggerakkan seluruh jentera pilihanraya parti itu dan kesemua 18 orang ADUN telah diberi tanggungjawab menjaga pusat daerah mengundi masing-masing serta memberi kerjasama penuh kepada jentera BN yg mewakili kerajaan Perpaduan.
Ketika ekonomi dunia sedang dilanda krisis perang tariff yg diumumkan oleh Presiden Trump dari Amerika Syarikat, adalah mustahak seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh bersama kerajaan Madani supaya kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara terjamin.
Demi mengangkat darjat rakyat, adalah penting kawasan DUN Air Kuning mendapat perhatian & sokongan kerajaan supaya pembangunan prasarana awam terus dapat dipertingkatkan demi kesejahteraan komuniti setempat.