Skip to content

DAP tidak mahu UMNO mati, DAP hanya mahu matikan gejala rasuah dan penyelewengan yang diamalkan oleh pihak-pihak yang tertentu

Seperti yang saya selalu tegaskan, saya menghormati hak untuk berhimpun. Walau bagaimanapun, saya hanya berasa hairan dan tertanya-tanya mengenai tindakan Pemuda UMNO Selangor dan Kuala Lumpur yang telah berhimpun di Ibu Pejabat DAP Kebangsaan pada 12hb Julai 2016 dan turut menghantar memorandum mendesak Ahi Parlimen Taiping Saudara Nga Kor Ming untuk memohon maaf terhadap suatu posting FB yang menyiarkan karikatur kanak-kanak dan tetamu menerima sedekah duit rayya dan menyamakannya sebagai rasuah dan ‘dedak’ pada 6hb Julai 2016. Mereka berani turunn berhimpun kerana terasa tercabar dan terhina dengan posting tersebut tetapi mengapa pula mereka berdiam diri mengenai skandal 1MDB? Tidakkah mereka rasa terhina dan terancam dengan skandal yang telah melesapkan duit berbilion-bilion ringgit itu?

Kehilangan duit berbilion ringgit melalui skandal 1MDB ini merupakan suatu isu yang sepatutnya menyatu padukan keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Kita, rakyat Malaysia, wajib bangkit dan menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri Najib Tun Razak yang merupakan dalang sebenarnya dalam skandal ini selainkan ia boleh dibuktikan sebaliknya. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan 1MDB, Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri bukan sahaja tidak dapat membuktikan sebaliknya malah ia telah menambah kecurigaan rakyat jelata berikutan tindakan-tindakan yang telah di ambil. Ini termasuk penukaran Ketua Peguam Negara secara tiba-tiba dan tindakan Perdana Menteri yang tidak sanggup mengambil tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ) yang telah memaparkan laporan-laporan yang jelas menunjukan terdapat unsur rasuah dan penyelewengan dalam operasi 1MDB.

Sekiranya Pemuda UMNO anggap bahawa posting karikatur tersebut telah menghina Islam, apakata pula dengan tindakan membelanjakan RM188.5 juta duit Lembaga Tabung Haji untuk membeli sebidang tanah daripada 1MDB yang hanya dibeli dengan harga RM4.5 juta? Tidakkah Lembaga Tabung Haji membuat pembelian tersebut secara langsung tanpa membabitkan 1MDB dan memaksimakan keuntungan? Jika di buat perbandingan, perbezaan harga tersebut adalah 43 kali ganda daripada harga pembelian oleh 1MDB. Tidakkah ia di anggap penghinaan dan penipuan terhadap umat Islam yang telah membuat caruman untuk tujuan haji? Jika ya, apakata kita, DAP dan Pemuda UMNO bersama-sama berhimpun di Ibu Pejabat UMNO, menuntut penjelasan yang terperinci mengenai pertanyaan serta kecurigaan skandal 1MDB daripada Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak.

DAP tidak pernah dan tidak berniat menghina mana-mana bangsa dan agama. DAP pula tidaklah seperti yang dikatakan oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhamad Raffi bahawa DAP mahu UMNO mati. DAP hanya mahu matikan gejala rasuah dan penyelewengan yang diamalkan oleh pihak-pihak yang tertentu.