1. DAPSY Kebangsaan akan menganjurkan Majlis Makan Malam yang bertemakan “Kekalkan Perjuangan Parti, Martabatkan Generasi Muda” pada 5 Julai 2025 (Sabtu), jam 7.00 malam, bertempat di Restoran Hao Xiang Chi Seafood, Setia Alam, Selangor.
2. Majlis Makan Malam tersebut akan menampilkan pimpinan utama DAP serta DAPSY untuk membicarakan politik semasa serta pencapaian Kerajaan Perpaduan.
3. Penceramah-penceramah utama pada malam tersebut adalah sdr Anthony Loke Siew Fook, sdr Gobind Singh Deo, sdr Nga Kor Ming, sdr Steven Sim Chee Keong, sdri Hannah Yeoh Tseow Suan, sdri Young Syefura Othman, sdr Woo Kah Leong dan sdr Ong Chun Wei.
4. Sejak memegang jawatan Ketua DAPSY Kebangsaan pada November 2024, sdr Woo Kah Leong telah memperkenalkan slogan “Kekalkan Perjuangan Parti, Martabatkan Generasi Muda” serta 4 dasar utama DAPSY, iaitu Memansuhkan AUKU, Menyatukan Sistem Kemasukan Universiti, Memperkasakan Pendidikan Politik, serta Menarik Bakat Muda.
5. Antara perjuangan utama DAPSY adalah untuk memansuhkan AUKU demi membebaskan mahasiswa/wi daripada akta sedia ada yang mengekang kebebasan mahasiswa/wi untuk membina persekitaran kampus yang bebas, terbuka dan mendorong pemikiran kritikal serta inovatif.
6. Sebagai Ketua Angkatan Muda HARAPAN (AMH), sdr Woo Kah Leong juga telah merancakkan sesi diskusi bersama rakan-rakan sayap muda parti komponen Pakatan Harapan demi mencapai kata sepakat dan merangka strategi bersama untuk terus menggerakkan kempen pemansuhan AUKU.
7. Selain sesi libat urus bersama ahli akademik dan aktivis mahasiswa/wi, DAPSY juga bertekad untuk menyediakan deraf Akta Pendidikan Tinggi yang baharu dan lebih progresif untuk menggantikan AUKU.
8. Kendatipun kini merupakan sebahagian daripada kerajaan, DAP tetap berpegang teguh kepada prinsip ketelusan yakni setiap sen peruntukan mesti disalurkan untuk pembangunan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat, dan ahli-ahli adalah wajib meraih dana untuk parti sendiri melalui Majlis Makan Malam.
9. Majlis makan malam tersebut adalah penting demi memperkasakan autonomi kewangan DAPSY untuk memastikan DAPSY dapat terus lantang bersuara serta mengerakkan agenda reformasi khususnya melaksanakan 4 dasar utama DAPSY.
10. Di samping berperanan sebagai sayap muda parti, DAPSY turut beriltizam untuk memartabatkan generasi muda. Sehubungan dengan itu, DAPSY akan terus mempertahankan nilai-nilai teras dan perjuangan asas parti seperti demokrasi, hak asasi manusia dan kepelbagaian, di samping terus melaksanakan agenda reformasi di bawah kerangka kerajaan perpaduan.
11. Perpaduan dan keharmonian masyarakat semakin dicabar secara terbuka oleh golongan ekstremis, khususnya pembangkang yang sering melemparkan retorik sempit yang berbaur fitnah.
12. DAPSY akan terus lantang bersuara dengan berpaksikan hujah yang progresif dan tegas mempertahankan perpaduan negara dan kepelbagaian budaya.
13. Intiha, DAPSY menjemput semua yang menyokong nilai demokrasi dan kepelbagaian untuk sama-sama menjayakan Majlis Makan Malam DAPSY Kebangsaan demi memberikan sokongan kepada DAPSY untuk terus menggerakkan perjuangan anak muda demi masa depan negara yang inklusif, progresif dan demokratik.
14. Harga jualan meja Majlis Makan Malam adalah RM20,000.00, RM10,000.00, RM5,000.00 dan RM3,000.00 masing-masing. Semua adalah dialu-alukan untuk menghubungi Naib Setiausaha DAPSY, sdr Edmund Lim (011-33143491) untuk sebarang pertanyaan lanjut.