Skip to content

DAPSY Malaysia menyatakan solidariti kepada warga Pulau Pinang yang terlibat dalam banjir dan memohon supaya kesemua sabar dan tabah dalam menghadapi kejadian ini

Pulau Pinang telah dilanda dengan kejadian banjir yang amat serius sejak semalam. DAPSY Malaysia menyatakan solidariti kepada warga Pulau Pinang yang terlibat dan memohon supaya kesemua sabar dan tabah dalam menghadapi kejadian ini.

DAPSY Malaysia menyokong segala tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dalam menangani isu ini dan mendoakan supaya keadaan berpulih secepat mungkin.

DAPSY Malaysia dengan ini juga menyeru orang ramai, khasnya yang berada di luar Pulau Pinang, yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghantar makanan kering dan air mineral ke pusat pengutipan di lokasi ibu pejabat DAP Perak beralamat di No. 48, Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya, Ipoh (05-2531532).

Pasukan DAPSY akan menghantar barang-barangan keperluan tersebut ke kawasan banjir mulai pada hari ini. Pasukan kereta pertama yang dikendalikan oleh DAPSY Perak telah bertolak ke Pulau Pinang pada jam 2 petang tadi dan pasukan kedua dijangka akan bertolak pada pukul jam 6 petang.