Skip to content

DAPSY menerima baik pandangan dan cadangan Anak Muda

Saya selaku Ketua DAPSY menerima baik pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh Anak Muda yang diwakili oleh 146 aktivis muda.

Sejak kewujudan Pakatan Rakyat, DAP memang selama ini berpegang kepada segala yang termaktub di dalam polisi bersama ataupun lebih dikenali sebagai Buku Jingga.

Kami juga mengambilkira mandat Rakyat yang diberi ketika PRU Ke13 adalah berdasarkan segala yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat pada ketika itu. Cadangan-cadangan yang dikemukakan di dalam kenyataan Anak Muda memanglah praktis DAP selama ini iaitu DAP berpegang kepada prinsip dan bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kami tidak dapat menerima mana-mana pihak yang cuba membelakangi kepentingan rakyat Malaysia dan melupakan janji-janji kepada rakyat selepas pilihanraya.

Kami bersedia untuk bertemu atau berdialog dengan Anak Muda yang prihatin kepada keadaan politik terkini serta kebajikan rakyat.