Skip to content

DAPSY menyokong penuh kenyataan bersama Pengerusi PPBM Tun Dr. Mahathir dan Presiden PKR selaku Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim

DAPSY menyokong penuh kenyataan bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir dan Presiden PKR selaku Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena ulang tahun kedua kemenangan Pakatan Harapan pada pilihanraya umum ke 14 lalu.

Peristiwa 9hb Mei 2018 telah menunjukkan bahawa kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Walau bagaimanapun pada masa sekarang hala tuju politik sudah berlainan, Pakatan Harapan bukan lagi menerajui Kerajaan Persekutuan atas tindakan beberapa individu yang mengkhianati mandat rakyat.

Namun demikian, kami percaya bahawa penerusan kerjasama di antara dua tokoh politik ini akan membangkitkan semangat rakyat dan penyokong yang telah bertungkus lumus untuk mengubah hala tuju politik negara dua tahun lepas.

DAPSY, selaku anggota Pemuda HARAPAN akan sentiasa berikan sokongan penuh kepada semua anggota Majlis Presiden Pakatan HARAPAN yang dipimpini Dato Seri Anwar Ibrahim, serta semua pemimpin tanah air yang seperjuangan dengan Pakatan HARAPAN untuk memastikan agenda REFORMASI dicapai dan Malaysia kembali ke landasan yang betul.