Skip to content

DAPSY: “Tidak Wajib Angguk Keputusan Kerajaan” bukan Alasan Rosakkan Negera dengan Isu Perkauman

1. Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Mohammad Sollehin Mohamad Tajie yang mengatakan kononnya KP UMNO Akmal Saleh hanya ingin bersuara dan tidak wajib angguk pada segala keputusan Kerajaan.

2. Ingin saya ingatkan Sdr Sollehin bahawa janganlah merasionalkan tindakan dan kenyataan Akmal yang sering merosakkan perpaduan negara dengan mengapi-apikan sensitif perkauman dan keagamaan.

3. Tiada masalah sekiranya mana-mana pemimpin muda ingin bersuara atau berbicara mengenai isu tertentu, tetapi mesti beradab dan berhemah, bukan sering menggunakan kata-kata yang mempersendakan pihak lain, menghinakan, dan menjijikan seperti Akmal.

4. Dalam isu “garis panduan majlis libat muslim”, Jemaah Menteri telah membuat keputusan secara kolektif, dan saya ingin ingatkan Sdr Sollehin bahawa ramai Menteri UMNO dan BN juga terlibat secara langsung.

5. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau Akmal memang tak faham, boleh je call atau whatsapp mana-mana pemimpin parti yang merupakan Menteri. Tak kan Akmal tak ada nombor telefon mana-mana pemimpin?

6. Atau Akmal sengaja nak memainkan dan sensasikan isu ini untuk merosakkan perpaduan masyarakat majmuk dan akhirnya menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang turut disertai oleh BN dan UMNO? Inilah soalan yang kita menanti-nantikan jawapannya.

7. Isu garis panduan bukan isu “mencampuri urusan muslim” seperti yang dituduh oleh Akmal, kerana sekiranya garis panduan ini dilaksanakan akan membawa kesan langsung terhadap penganjur aktivti bukan muslim.

8. Selain itu, masyarakat majmuk Malaysia telah biasa dengan amalan kunjung-mengunjungi dan meraikan perayaan bersama-sama selama berpuluh-puluh tahun. Maka, kita sebagai pemuda dalam parti politik harus menghargai dan menyemarakkan lagi semangat kepelbagaian budaya untuk menjadi kebanggaan semua.

9. DAPSY menyambut baik sekiranya mana-mana pemimpin muda parti ingin bersuara dan berbicara, tetapi janganlah mencontohi pendekatan Akmal yang jelasnya biadab, tidak berhemah, berlagak hero, dan memecahbelahkan masyarakat majumuk.