Skip to content

DAPSY WP akan menghentikan segala aktiviti dan hubungan dengan kumpulan konservatif Pemuda Pas

DAPSY WP akan menghentikan segala aktiviti dan hubungan dengan kumpulan konservatif Pemuda Pas.

DAPSY WP teramat kecewa dengan tindakan kumpulan konservatif PAS yang tergesa-gesa tanpa berusaha mengadakan rundingan sepenuhnya dengan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu pelaksanaan undang-undang Hudud.

Kami menyeru agar Ketua DAPSY Kebangsaan menghentikan sebarang kerjasama dengan Pemuda PAS sepertimana DAPSY WP telahpun berbuat demikian dengan Pemuda Pas WP.

Kami menyokong kenyataan Ketua DAPSY Kebangsaan bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam dibuat adalah bertujuan untuk memain politik dan bukannya untuk menyelesaikan masalah rakyat di Kelantan.

Kami menegaskan bahawa DAPSY WP kekal dengan pendirian kami bahawa pelaksanaan hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, Hukum Hudud juga bukannya dasar yang termaktub dalam kerangka dasar bersama PR.