Dato Seri Najib Razak wajib minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menggunakan FB posting palsu untuk cuba merosakkan nama baik serta menghasut rakyat membenci saya dan DAP.
Posting FB yang dirujuk oleh Najib hari ini merupakan page yang menyamar diri mengguna nama “Nga Kor Ming Super Fans Page” tetapi ia bukan dari saya ataupun DAP.
Setelah cuba dibuat carian atas talian, telah didapati bahawa posting yang dirujuk oleh Najib itu sebenarnya adalah dari satu page bernama “Ju Xi Wan Yak” (dalam bahasa Mandarin), ia langsung tiada apa-apa kaitan dengan saya mahupun DAP. Terbukti Najib telah menipu sekali lagi.
Saya nasihatkan Dato Seri Najib supaya bertaubat segera dan kembali ke pangkuan jalan jika masih belum terlambat. Jangan lagi cuba menggunakan taktik kotor berulang kali untuk cuba mencemar reputasi baik saya dan parti DAP.
Saya anggap rakyat Malaysia sudah tahu apakah watak sebenar mereka yang kini sudah ketandusan idea dan hanya taaksub menabur fitnah.
Jangan lupa Fitnah merupakan dosa besar, balasannya sangat teruk. Renungkanlah sendiri.