Skip to content

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak patut bertanya kenapa pengundi Cina tidak menyokong MCA malah sepatutnya bertanya kenapa pengundi Melayu mahu mengundi sebuah parti yang diketuai pemimpin yang begitu terkenal seperti Chua Soi Lek?

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak patut bertanya kenapa pengundi Cina tidak menyokong MCA malah sepatutnya bertnaya kenapa pengundi Melayu mahu mengundi sebuah parti yang diketuai pemimpin yang begitu terkenal seperti Chua Soi Lek? Dengan terus menyalahkan pengundi Cina dan mendakwa kononnya mereka ditipu oleh DAP untuk tidak mengundi BN, Najib memperlihatkan kebenciannya terhadap hak demokratik untuk memilih dengan bebas serta mencela intelek pengundi seluruh Malaysia.

Pilihanraya yang baru selesai menyaksikan tsunami Malaysia yang mengakibatkan Pakatan Rakyat memenangi 51% undi popular untuk pertama kali dalam sejarah. Meskipun PR mendapat lebih banyak undi berbanding BN dengan sokongan daripada semua komuniti kaun, BN terus menyalahkan pengundi Cina. Masyarakat Cina hanyalah 25% daripada populasi 29 juta rakyat Malaysia, di mana kurang daripada separuh darinya mendaftar sebagai pengundi.

Daripada jumlah tersebut, BN mendapat undi sebanyak 5,237,699 untuk kesemua 222 kerusi parlimen manakala Pakatan Rakyat menjana 5,623,984 undi. Pakatan tiga parti PKR, PAS dan DAP juga telah memintas BN di kerusi DUN, dengan mendapat 4,879,699 undi berbanding koalisi 13 partinya yang mendapat 4,513,997 undi.

Dalam keadaan masyarakat Cina hanyalah 25% daripada keseluruhan jumlah pengundi dan Pakatan Rakyat mendapat 51% daripada undi popular, bagaimana BN boleh menyalahkan komuniti masyarakat Cina? Siapa pula 26% bakinya jika bukan Melayu, India, Kadazan dan Iban? Atau adakah mereka ini pengundi warga asing dari Bangladesh?

Najib dan BN patut menyiasat kenapa pengundi Melayu dan India pun tidak ingin mengundi MCA. Malah kenapalah mana-mana Melayu dan India yang baik akan mengundi MCA sedangkan ia dipimpin oleh seorang pemimpin yang begitu terkenal seperti Chua Soi Lek. Chua Soi Lek begitu terdesak sehingga lupa dirinya adalah satu liabiliti politik dengan mengkhianati rakyat Malaysia apabila bersekongkol dengan UMNO memainkan permainan sentimen perkauman dengan menyalahkan masyarakat Cina atas kekalahan BN.