Skip to content

Debat Lim Guan Eng – Wee Ka Siong Siaran langsung di TV dan platform digital pada Selasa 2 November jam 9pm di Astro Awani. ON atau TIDAK?

Dendam sungguh Wee Ka Siong terhadap Lim Guan Eng sehingga sanggup buat dakwaan tidak berasas selepas Lim terima cabaran Wee untuk debat isu kabotaj yang menyebabkan Malaysia kehilangan projek Apricot melibatkan 12 ribu km kabel dasar laut. Sudahlah Wee tak faham apa itu meme – tetapi kenapa pula sampai pejabatnya tak mahu menghubungi saya atau YB Dr Ong Kian Ming (Ahli Parlimen Bangi) untuk membincangkan butiran debat boleh dianggapnya sebagai Lim tak berani debat dengan Wee?

Selepas TV3 menghantar WhatsApp kepada saya pada 1.06 pm semalam, wakil TV3 menghubungi saya melalui panggilan telefon pada 2.13 pm untuk memaklumkan perkembangan terkini. Tak sampai satu jam kemudian, pada pukul 3 pm, YB Wee pula buat posting dakwaan palsu kononnya kami, termasuk Lim Guan Eng, tidak menjawab panggilan telefon TV3 walaupun saya sendiri baru berbuat demikian. Checklah dulu dengan TV3, jangan tergopoh-gapah nak buat tuduhan.

TV3 memberitahu saya bahawa mereka bersedia untuk menganjurkan debat antara LGE dan WKS pada 2 November jam 9 malam, tetapi debat tersebut hanya akan disiarkan di platform digital dan tidak akan disiarkan secara langsung di TV.

Saya pula telah maklumkan kepada TV3 bahawa LGE tiada masalah dengan tarikh dan masa yang dicadangkan, tetapi hasrat LGE adalah debat tersebut disiarkan secara langsung di TV dan juga di platform digital. Ini juga merupakan kehendak YB WKS pada 7 Oktober.

https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/408607217302505

Oleh yang demikian, saya minta diberi masa untuk menghubungi media yang lain.

Akhirnya, saya dapat cari media yang bersetuju untuk anjurkan debat tersebut dan siarkan secara langsung di TV dan di platform digital mereka. Acara debat tetap diadakan pada 2 November jam 9pm.

YB Wee tidak perlu putar belit dengan kenyataan separuh benar.

Jangan berdolak-dalik lagi. 2hb November @ 9pm @ Astro Awani, siaran langsung di TV dan di platform digital.

Hanya katakan, setuju atau tidak. Itu sahaja.

PS: Semua pergaduhan tentang tarikh, masa, penganjur dan jenis platform sebenarnya boleh dielakkan sekiranya YB WKS melantik seorang penyelaras untuk membincangkan perkara tersebut dengan Sdr Ong ataupun saya secara “offline” sejak awal. Ini semua adalah pembaziran ruang sosial media. Kenapa nak merumitkan perkara yang mudah?

PPS: Saya memang tiada nombor telefon penerbit TV3 Puan Josephine Dass. Yang hubungi saya juga bukan beliau. Saya tidak tahu sebagai bekas Timbalan Menteri Pendidikan, saya wajib ada nombor telefon beliau. Maaflah YB Wee, saya bukan presiden MCA ya.