Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa untuk memastikan pengurusan Dewan Orang Ramai di Kuala Lumpur tidak diserahkan kepada syarikat swasta atau pihak ketiga. Dewan Orang Ramai yang dibina dengan menggunakan dana awam haruslah dibuka untuk penggunaan komuniti setempat. Ia harus diurus secara telus oleh DBKL demi manfaat orang ramai dan bukan diurus oleh pihak swasta yang bertujuan mengaut keuntungan.
Dalam tempoh pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, kami telah ‘memutihkan’ Dewan Orang Ramai ini daripada kawalan parti politik kerajaan BN kerana ada di antara mereka menjadikan Dewan Orang Ramai sebagai hartanah persendirian dengan melakukan aktiviti perniagaan yang menguntungkan mereka. Kerajaan PH telah mengambil-alih kebanyakan dewan orang ramai ini dan menegah penswastaan dilakukan.
Kami, Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyeru DBKL untuk meneruskan dasar ini. Kami juga menyeru DBKL membenarkan semua pihak termasuk parti pembangkang untuk menggunakan fasiliti dewan orang ramai DBKL.
Tan Kok Wai
AHLI PARLIMEN CHERAS
Fong Kui Lun
AHLI PARLIMEN BUKIT BINTANG
Teresa Kok Suh Sim
AHLI PARLIMEN SEPUTEH
Dr Tan Yee Kew
AHLI PARLIMEN WANGSA MAJU
Fahmi Fadzil
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
Nik Nazmi Nik Ahmad
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA
P. Prabakaran
AHLI PARLIMEN BATU
Hannah Yeoh Tseow Suan
AHLI PARLIMEN SEGAMBUT