Skip to content

Di bawah PH, Sabah terima peruntukan pembangunan tertinggi antara semua negeri

Di bawah Kerajaan Persekutuan PH, Sabah telah menerima peruntukan tertinggi di antara semua negeri. Belanjawan 2022 tidak mengendahkan rasa tidak senang masyarakat bukan Bumiputera bahawa walaupun membentuk 30% daripada populasi, mereka hanya menerima RM345 juta atau 0.1% daripada Belanjawan 2022 yang berjumlah RM332 bilion.

DAP tidak membantah peruntukan RM11.4 bilion untuk masyarakat Bumiputera tetapi menggesa peruntukan yang lebih dan adil untuk Sabah, Sarawak dan semua rakyat Malaysia. Menggunakan sentimen perkauman atau ekstremis dalam peruntukan Belanjawan tidak akan membantu dalam menyelamatkan nyawa dan mata pencarian golongan miskin dan perniagaan, terutamanya PKS.

Tambahan pula, tindakan meningkatkan kuota Bumiputera bagi kontrak besar perolehan kerajaan daripada 30% kepada 61% tanpa sebarang perundingan turut menimbulkan banyak persoalan mengenai keadilan kepada masyarakat bukan Bumiputera dan meningkatkan daya saing. Sabah dan Sarawak yang hanya mendapat manfaat yang kecil daripada kuota Bumiputera, menimbulkan persoalan keadilan kepada Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Tidak boleh dinafikan bahawa daripada segi peratusan, Sabah dan Sarawak menerima peruntukan yang lebih rendah di bawah Belanjawan 2022 berbanding Belanjawan 2020 PH. Perbelanjaan pembangunan dalam Belanjawan 2022 meningkat kepada RM75.6 bilion berbanding RM56 bilion dalam Bajet 2020 PH. Bagaimanapun, Sabah masih menerima jumlah perbelanjaan pembangunan RM5.2 bilion yang sama dalam Belanjawan 2022 seperti yang diperuntukkan PH dalam Belanjawan 2020.

Dalam erti kata lain, Sabah menerima peruntukan yang lebih rendah iaitu 6.9% daripada perbelanjaan pembangunan di bawah Belanjawan 2022 berbanding 9.3% di bawah Belanjawan 2020 PH. Jika Sabah diberi 9.3% perbelanjaan pembangunan yang sama dalam Belanjawan 2022 seperti yang PH telah diberi dalam Belanjawan 2020, maka Sabah sepatutnya menerima RM7 bilion dan bukannya RM5.2 bilion dalam Belanjawan 2022.

Isu yang dekat dengan rakyat ialah inflasi dan kenaikan harga yang boleh dikawal dengan Dana Penstabilan Harga dan menangguhkan kenaikan tarif elektrik untuk pengguna komersial setinggi 20%, menentang pembatalan pengecualian cukai ke atas pendapatan sumber asing bagi syarikat dengan mengenakan cukai ke atas syarikat yang membawa balik pendapatan mereka ke Malaysia dengan kemungkinan cukai yang sama ke atas pendapatan individu pada masa hadapan, menentang kenaikan denda kompaun kerana melanggar SOP COVID-19 bagi individu daripada RM1,000 kepada RM10,000 dan bagi syarikat kepada RM1 juta, dan menentang kenaikan kuota bumi untuk kontrak besar perolehan kerajaan daripada 30% kepada 61%.