Skip to content

DR AKMAL SALEH PERLU BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DIRI SENDIRI ATAS KESILAPAN MEMAPARKAN BENDERA JALUR GEMILANG.

1. Baru-baru ini, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh, lantang bersuara dalam kesilapan memaparkan bendera Jalur Gemilang. Beliau mendesak pendakwa raya mengambil tindakan tegas dan mendakwa individu-individu yang melakukan kesilapan malah mengugut untuk turun beramai-ramai untuk “mengajar” individu yang berkenaan cara memasang bendera dengan betul.
2. Semalam, Pemuda UMNO Terengganu telah didapati melakukan kesilapan di mana bendera Jalur Gemilang yang dimuat naik ke media sosial hanya terdapat 12 jalur, dan bukan 14 jalur yang sebenarnya. Dr Akmal Saleh telah mengarahkan bahawa laporan polis dilakukan untuk menunjukkan beliau berpegang dengan prinsip sendiri dan tidak hipokrit.
3. Sekarang, Dr Akmal Saleh perlu membuat laporan polis untuk siasat beliau sendiri kerana di sosial media Instagram beliau telah didapati berulang-kali melakukan kesilapan memaparkan bendera Jalur Gemilang.
4. Kesilapan tersebut termasuklah bendera Jalur Gemilang yang tidak mempunyai bilangan jalur yang betul dan bendera Jalur Gemilang yang telah diubah fizikal. Malah, Dr Akmal Saleh telah memakai baju yang mempunyai bendera Jalur Gemilang yang telah diubah dengan hanya 11 jalur sahaja.
5. Memetik ungkapan Dr Akmal Saleh sendiri yang dinyatakan dalam posting sosial media sendiri:
ini adalah mmg isu yang besar soal penghormatan terhadap negara ini dan tidak ada kompromi langsung.”
“Pemuda UMNO mendesak pihak kerajaan agar mengambil tindakan tegas kepada individu … menghina lambang negara kita ini!!”
 
“Jangan hanya sekadar meminta maaf sahaja!!!”
6. Justeru itu, mengikut logik Dr. Akmal Saleh sendiri, beliau telah menghina lambing negara dan harus mengambil tindakan tegas terhadap Dr Akmal kerana sekadar permintaan maaf adalah tidak cukup.
7. Dalam kes lain individu-individu lain melakukan kesilapan yang tidak sengaja kerana selepas kesilapan mereka serta-merta memperbetulkan kesilapan dan memohon maaf, malah Dr Akmal Saleh telah berulang-kali melakukan kesilapan yang sama dan ini boleh ditafsirkan bahawa kesilapan Dr Akmal mungkin adalah disengajakan atau beliau langsung tidak mengetahui kesilapan sendiri.
8. Meludah ke langit, menimpa muka sendiri juga. Ajar sendiri dulu, jangan nak sibuk ajar orang lain. Kami menanti-nantikan Dr Akmal Saleh membuat laporan polis terhadap diri sendiri, lebih baik sebelum turun ke Pulau Pinang besok. Jangan pula salahkan admin sosial media nanti ya.