Skip to content

Dua kes terbaru di Mahkamah Tinggi yang berpotensi melibatkan bayaran pampasan jutaan Ringgit yang mungkin terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang akibat daripada Kerajaan Negeri BN terdahulu

Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk membangkitkan dua kes Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang mendedahkan bayaran pampasan jutaan ringgit yang mungkin terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang akibat daripada kegagalan jenayah Kerajaan Negeri Barisan Nasional Terdahulu.

Dua kes Mahkamah baru-baru ini yang melibatkan kes Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada tahun 1994 dikenali sebagai NEG Engineering Sdn. Bhd. yang melibatkan jumlah RM243 juta sementara kes yang kedua melibatkan kerajaan negeri ke atas pengambilan tanah pada tahun 1992, yang dikenali sebagai kes Bagan Serai Housing Estate Sdn. Bhd. yang kini terletak di Prai iaitu Megamall Complex, Seberang Perai. MPSP adalah bernasib baik untuk memenangi kes dengan NEG Engineering Sdn. Bhd. yang melibatkan ahli politik yang aktif yang juga merupakan seorang pemimpin dalam kerajaan yang lepas, tetapi terdapat kebarangkalian bahawa mereka akan merayu. Laporan polis juga telah dibuat oleh MPSP kepada Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Malangnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang kalah dalam kes kedua iaitu kes Megamall dan sedang merayu di Mahkamah Rayuan yang melibatkan pampasan yang lebih kurang sama dengan kes NEG Engineering Sdn. Bhd. Kes Megamall ini adalah sama seperti kes di mana Kerajaan Negeri kalah dalam satu kes tanah di Bukit Mertajam akibat daripada kesilapan Kerajaan Negeri terdahulu, yang mengakibatkan pampasan sebanyak RM29.4 juta kepada Tang Hak Ju. Kerajaan Negeri dipaksa untuk membayar sebanyak RM14.7 juta dan masih berusaha untuk menuntut balik bayaran tersebut di Mahkamah.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sekali lagi dipaksa untuk membayar pampasan sebanyak RM20 juta kepada Boustead Holdings Bhd untuk mengurangkan ketinggian hotel daripada 12 tingkat kepada 5 tingkat yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri terdahulu. Bayaran sebanyak RM20 juta ini dibayar sebagai pampasan untuk mengurangkan ketinggian sebanyak 7 tingkat bagi memenuhi ketetapan syarat yang dibuat oleh pihak UNESCO yang mana semua bangunan di dalam kawasan George Town Heritage tidak boleh melebihi 5 tingkat atau 18 meter yang tidak dipenuhi oleh Kerajaan Negeri terdahulu.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang terkini hidup di dalam ketakutan untuk berhadapan dengan bayaran pampasan yang tinggi akibat daripada kegagalan Kerajaan Negeri Barisan Nasional yang terdahulu yang boleh mengakibatkan kerajaan menjadi bankrup. Apabila Kerajaan Negeri membayar pampasan, tiada pihak yang menawarkan walau sesen untuk membantu meskipun janji-janji manis dibuat oleh beberapa NGO. Ancaman menjadi bankrup ini adalah benar. Atas sebab ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang terpaksa bersetuju dengan keputusan terdahulu yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional untuk mengelakkan bayaran pampasan yang boleh mengakibatkan kebankrupan negeri Pulau Pinang.

Salah satu daripada ancaman ialah bayaran pampasan yang mungkin mencecah berbilion ringgit yang dibuat kepada tuan punya tanah yang melebihi 76 meter bagi projek pembangunan istimewa yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri yang terdahulu.

Mengalu-alukan Perwakilan Professor Prof. Gurdial Singh A/L Sadu Singh dan Dato Ambiga Sreenevasan Untuk Membantu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Untuk Mengelakkan Ganti Rugi Kewangan Yang Besar Yang Perlu Dibayar Kepada Pemaju Atas Keputusan Menolak Permohonan Kebenaran Merancang Yang Melibatkan Ketinggian 76 meter (250 kaki) Atau Bagi Projek Istimewa Yang Telah Diluluskan Oleh Kerajaan Negeri Terdahulu

Kami dengan ini menyambut perwakilan Professor Fakulti Undang-undang Universiti Malaya Prof. Gurdial Singh Nijar A/L Sadu Singh dan Dato’ Ambiga Sreenevasan bagi membantu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk mengelakkan ganti rugi kewangan besar yang perlu dibayar kepada Pemaju atas keputusan menolak permohonan kebenaran merancang yang melibatkan ketinggian 76 meter (250 kaki) atau bagi projek istimewa yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri terdahulu. Ini adalah berikutan dengan keputusan terkini yang dibuat di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 oleh Dato Yeo Yang Poh, Presiden Lembaga Rayuan.

Lembaga Rayuan telah mengulas bahawa MBPP tidak sepatutnya meluluskan pemajuan oleh Sunway City (Penang) Sdn. Bhd. bagi tanah melebihi ketinggian 76 meter yang mana membenarkan pemajuan untuk 6 unit per ekar atau 15 unit per ekar oleh Kerajaan Negeri terdahulu dan seterusnya gantirugi tidak perlu dibayar oleh MBPP bagi menolak projek istimewa sedemikian kepada Pemaju.

Walau bagaimanapaun, keputusan Lembaga Rayuan tersebut adalah tertakluk kepada Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi. Sunway City (Penang) Sdn. Bhd. dan pemilik tanah yang lain yang telah terkilan dengan keputusan ini mempunyai 90 hari untuk berbuat demikian. Sunway telah memaklumkan hasratnya kepada saya tentang niatnya untuk berbuat demikian dan mungkin akan menuntut ganti rugi jika Mahkamah Tinggi mengesahkan keputusan Lembaga Rayuan. Ini akan memberikan peluang kepada MBPP untuk menolak (overturn) projek-projek istimewa yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri terdahulu tanpa perlu membayar gantirugi kewangan.

Saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mendapat pakar perundangan yang berkelayakkan tinggi seperti Professor Gurdial dan Dato Ambiga. Kedua-dua pakar perundangan ini telah memberi persetujuan untuk mewakili Kerajaan Negeri sekiranya semakan kehakiman dibicarakan di Mahkamah Tinggi yang mana kes ini akan menjadi kes utama dalam abad ini bagi undang-undang perancangan di Malaysia.