Skip to content

Dua persoalan yang membelenggu fikiran saya semasa saya menonton filem “Man on the Run”

Dua persoalan yang membelenggu fikiran saya semasa saya menonton filem “Man on the Run” adalah:

  1. Mengapa Najib Razak bersetuju untuk mengambil bahagian dalam filem ini yang merupakan satu pengakuan bahawa skandal 1MDB adalah salah satu skandal yang terbesar dan terburuk dalam sejak, yang dinamakan oleh Transparency International sebagai salah satu dari “25 skandal rasuah yang menggegarkan dunia” pada tahun 2019 dan Peguam Negara Amerika Syarikat telah mengatakannya sebagai “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk”?
  2. Wawancara Najib dengan pengarah dan penerbit eksekutif, Cassius Michael Kim, di mana dia mengatakan “Mungkin saya, saya terlalu percayakan orang, uh, tetapi, uh perkara ini diperlukan kerana, uh, Menteri Kewangan, saya satu-satunya pemegang saham 1MDB dan tandatangan saya diperlukan. Uh, tetapi saya tidak pernah, tidak pernah sekali membayangkan adanya, uh, sebahagian rancangan untuk menyeleweng, uh, 1MDB sama sekali” dan “Dari satu sudut saya telah gagal dalam, mempercayai orang yang salah. Ya, tetapi sistem ini menggagalkan saya juga. Saya fikir perkara ini perlu diingati. Sistem yang sepatutnya menyokong saya, telah menggagalkan saya, menggagalkan rakyat Malaysia”, yang merupakan satu pengakuan bahawa skandal 1MDB adalah salah satu skandal rasuah terbesar di dunia – buat pertama kali Najib membuat satu pengakuan sebegini.

Kedua-dua perkara ini masih membelenggu fikiran saya.